Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, September 30, 2013

Awak bila nak mati?

3 soalan yg paling tak patut untuk kita tanya.
Kita Si penanya tak pernah ke fikir perasaan orang yg di tanya.
Malah lupa kah kita bahawa soalan ni tak sepatutnya kita tanya pun.
Mana lah ada jawapan bagi soalan2 ni, jadi kenapa tanya?
1. Bila nak kawin?
2. Bila nak dapat anak?
3.Soalan ketiga ni memang tak ada siapa yg tanya, BILA NAK MATI?
Haaa...Betul lah tu, hanya Tuhan yg tau bila nak mati.
Sama lah dgn soalan no1 dan no2 tu..
Hanya Tuhan yg tahu jawapan nya.
Saya cukup kesian bila seseorang di asak dgn pertanyaan bila nak kawin, bila nak beranak...
macam lah kuasa di tangan kita untuk putuskan bila.
Jodoh dan rezeki tu kan Dia yg tetapkan.
Mangsa soalan begini biasanya mereka yg dah berusia tapi belum kawin dan yg dahkawin lama tapi belum ada cahayamata.
Rasa nk ajar orang yg ditanya begitu supaya jawap balik soalan Si penanya tu, tanya balik,
"Awak bila nak mati?
Baru padan muka dia, suka sangat nak tanya soalan yg hanya Tuhan ada jawapan nya! 
Buat kawan saya yg bernama dot dot dot dan xxxxxx,
Saya faham kenapa muka awak merah bila ditanya begini depan ramai.
Sabar lah dengan orang2 yg mulut tak ada zip.
Senyummmm...tak perlu kata apa2 sebenarnya.

Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan, hanya Dia yg tentukannya

Berserah diri pada Dia.

Subuh ini adakah lebih baik dari Subuh sebelum nya..
Adakah Dhuha akan menemui ku sekejap lagi?
Suam kah mentari pagi nanti atau
berselindung malu di balik jerebu?
Sekiranya ajal ku mengetuk ngetuk di pintu.
Ku persilakan ia bertamu,
Kerana janji Tuhan,
tidak akan lewat sedetik pun nafas ini akan di pulangkan.
Tidak juga di percepatkan.
Cukuplah kehidupan ini,
tidak ku pinta di heret lebih panjang.
Pahala dan amal kebajikan,
ku harapkan sudah terkumpul
Sudah tersediakah hamparan tidur baldu di ruang terindah itu..
atau pun sebaliknya tidak siapa yang tahu,.
Jika lah hanya dosa ku yg bertimbun,
menyambut kepulangan itu nanti,
aku lah di antara orang yg rugi.
Kehidupan di sini tidak ku manafaakant.
Dosa tebal yg tidak terhakis mengheret ku,
ke tempat yg tidak sanggup ku huni
Bekal pahala yg sedikit mungkin tidak melayakkan aku
menghampiri Jannah mu...
SubhanAllah....
Tuhan sekelian alam,

Sejadah itu masih panas dengan haba simpuh ku.
Wuduk masih membasahi rambut.
Sementara menunggu untuk sujud yg seterusnya,
aku amat berharap,
Ajal itu belum sampai di tangga.
Aku perlu terus berada di sini,
menadah tanggan memohon simpati Mu,
,Kerana aku sedar diri ini hanya lah
seorang insan pendosa.

.

Sunday, September 29, 2013

Nampak lain macam benar lah...

Saya tak sedap hati.
Kalau saya luah pun tak ada orang yg akan faham.
Tak apa lah, saya nak lihat dulu.
Semoga anggapan saya salah.
Semoga segalanya tak seperti yg saya rasa.
kadang kadang,
Diam itu lebih baik dari berkata kata.
Ok, zip mulut dan buka mata.
Tua2 ni dah kaya pengalaman hidup,
Terkilas ikan di air, sudah saya tau ikan tu ikan pesen mana.
Kalau ikan buntal sah lah beracun....

Kita tunggu saja keputusan dari Tuhan

Setiap pagi saya akan tengok kalau2 ada perubahan baru bagi dia.
sudah boleh pandang saya ke..
Sudah boleh bersuara ke..
Sudah boleh gerakkan anggota badan ke...
Saya pandang dia, tatap wajah dia lama lama.
Apa agaknya yang dia rasa sekarang...
Sakit ke,
lenguh sana sini ke..
ke dia di alam yg berbeza di mana dia amat tenang di sana..
Saya tertanya tanya,

Dia nak ke kembali seperti sedia kala?
Atau mingkin kah,
dia mahukan yg sebalik nya..
Apa sajalah perancangan Tuhan.
Saya terima.
Asal anak saya tenang dan bahgia,
di mana jua tempat nya,
saya redha.
Pagi ni selepas subuh saya tengok dia tidak tidor.
Mata berkelip2 seakan sedang berfikir..
Ja, tak payah fikir apa apa,
Kita dah berusaha,
kita serahkan saja segalanya pada Dia.
Dia yg menentukan segalanya.

Saturday, September 28, 2013

Dia perlukan saya sebenarnya

Dah acap kali Anis duk ajak saya keluar.
yer lah, dulu2 saya lah yg memenuhi segala keperluan dia.
Semenjak kehidupan ini berubah, dia lebih banyak urus sendiri segalanya.
Seboleh bolehnya dia tidak mau menyusahkan saya.
Tapi agaknya hati seorang kanak2, macam tu lah.
Saya faham, dia membesar dengan kesepian.
Saya terpaksa focus pada masaalah semasa
dan dia hanya di layan bila saya ada masa luang
Apa daya saya?
Tapi hari ni saya dah janji pada Anis.
Kami akan keluar biar pun sekejap.
Jom Anis, kita tawaf shopping komplex,
Kita makan2 dan kita cuba ubat hati.
Biarlah, saya tahu hati saya payah untuk diubati,
memadai lah hati anak bongsu saya ni terubat.
Maaf lah Anis,
Mummy bukanlah mummy yg terbaik dikehidupan Anis ini,
tapi anak2 mummy adalah anak2 terbaik buat mummy.
Mummy cuba hari ni ok....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...