Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, September 30, 2013

Awak bila nak mati?

3 soalan yg paling tak patut untuk kita tanya.
Kita Si penanya tak pernah ke fikir perasaan orang yg di tanya.
Malah lupa kah kita bahawa soalan ni tak sepatutnya kita tanya pun.
Mana lah ada jawapan bagi soalan2 ni, jadi kenapa tanya?
1. Bila nak kawin?
2. Bila nak dapat anak?
3.Soalan ketiga ni memang tak ada siapa yg tanya, BILA NAK MATI?
Haaa...Betul lah tu, hanya Tuhan yg tau bila nak mati.
Sama lah dgn soalan no1 dan no2 tu..
Hanya Tuhan yg tahu jawapan nya.
Saya cukup kesian bila seseorang di asak dgn pertanyaan bila nak kawin, bila nak beranak...
macam lah kuasa di tangan kita untuk putuskan bila.
Jodoh dan rezeki tu kan Dia yg tetapkan.
Mangsa soalan begini biasanya mereka yg dah berusia tapi belum kawin dan yg dahkawin lama tapi belum ada cahayamata.
Rasa nk ajar orang yg ditanya begitu supaya jawap balik soalan Si penanya tu, tanya balik,
"Awak bila nak mati?
Baru padan muka dia, suka sangat nak tanya soalan yg hanya Tuhan ada jawapan nya! 
Buat kawan saya yg bernama dot dot dot dan xxxxxx,
Saya faham kenapa muka awak merah bila ditanya begini depan ramai.
Sabar lah dengan orang2 yg mulut tak ada zip.
Senyummmm...tak perlu kata apa2 sebenarnya.

Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan, hanya Dia yg tentukannya

6 comments:

Anonymous said...

Sy pun sedih bila org tny bila nk ada ank? Ank bkn boleh beli kat kedai mana2.Ank tu rezeki dan terpulang sepenuhnya pada Allah S.W.T samada nk bg ke x pd kita hambaNya. Kita hny mampu berdoa....

Anonymous said...

lol,,

Linda said...

Superlike N3 ini! ;)
Sudah bosan dan sakit hati campur sedih bila orang tanya soalan no 1.
Tq mummy for the solutions! Tak sabar nak tanya soalan no 3 kat penyibuk2 tu. ;p

azieazah said...

Ada juga orang yang camtuh?

ceywie ku said...

idea yang bernas la cikgu hani. ;-)

Anonymous said...

Tulah....mmg elok sggh ayat tu utk serang blk ptyaan org yg xreti nk faham perasaan org lain.konpem dia terkedu bila dtembak dgn ayat ala2 peluru idup ni..hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...