Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, October 31, 2013

Perkara baru

Best jugak belajar buat ni.
Kawan2 duk ajar saya edit foto.
Saya cuba lh mcm2 stail.
Seronok
Cuba mcm2..
Rela x makan kes absorb dgn skill baru ni.
Haishhhh....penyakit jugak ni.

'Che' tu mak saya

I need to talk to someone.
ada sesuatu yg terbuku di hati.
Dah lama duk pendam, seperti api dlm sekam.
Hari ni sewaktu balik dari sekolah, mak saya ada kat rumah.
kebetulan tidak ada orang lain melainkan kami berdua.
Saya ambik kesempatan ni untuk bercerita..
"mak, saya penat sangat2 sekarang ni..penat otak duk mikir"
Entah kenapa terkeluar kata kata tu.
Bukan itu sebenarnya yg nak saya kongsi tapi saja rasa nak tunjuk perasaan.
Dengan mak apa apa pun tak apa, kalau dgn orang lain sah lah saya di cop 'sewel'
Saya tak tau nak mula tajuk mana dulu sbb byk sangat yg nak saya curahkan.
jadi saya mula cerita pasal sibuk nya saya dgn kerja sekolah yg belum beres.
Saya merungut pasal ketiadaan pembantu rumah segala kerja di bahu saya
Saya cerita pasal susah hatinya saya bila tgok keadaan ja yg tak berubah rubah.
Saya cerita pasal cucu saya yg makin nakal dan saya tak larat nak tangani kerenak nya
Saya ngadu yg saya tak cukup tido dan rasa mengantuk sepanjang masa
Saya cerita pasal rutin harian saya yg padat dan meletihkan
Saya komplen pasal segala benda,
Mak is a good listener.
Mak dengar.
Saya seperti lori bawak pasir yg sampai ke tapak pembinaan.
Curah habis selori dgn sound effect sekali.
Lega.
Puas.
Siapa lagi yg boleh menadah telinga tanpa syarat kecuali..
Mak.

Hari ke 8

Khamis hari 'Batik'
Hari ni saya berbatik,
Nasib baik bukan ular sawa batik.
Ke ada iras ular sawa batik?
Ishh! X baik ngata saya tau

Wednesday, October 30, 2013

Tak caya meh sini tgok bekalan saya.

Petang tadi keluar beli dinner.
Beli Kuetiow goreng.
Beli KFC
Beli Chicken Pie
Beli Roti kelapa dan Cupcakes
ABC special beli jugak

Kenapa saya beli banyak benar ni?
Sebabnya,
saya sekarang kurang tidor waktu malam.
Selain buat amalan yg sunat di tengah malam, yg wajib kena buat jugak.
Yang wajib tu 'ternak Body' lah.
Bekalan mengalahkan mangsa banjir di pusat pemindahan.
Makan jgn tak makan.
Ops, dah cair pulak aiskrim di tangan nih.
Full stop di sini dulu ya.
.


Hari ke 7

Aummmm...
Rimau  mau makan orang ni...
Sebagaimana celorengnya baju, begitulh hati di dalam.
Kalau rasa nak selamat jgn dtg dekat.
Gi main jauh jauh....
Aummmmm.....!

Amaran dari kerajaan Msia:
Kalau guna kereta, sila letak balik kunci di tempat sepatutnya.
(BARU LH RIMAU NI TAK MENGAUM)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...