Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, January 31, 2014

Jangan mintak nasi belauk pagi ni.

Tak suka roti canai?
Penat saya buat tau!
Kacang dal tu lama kena masak supaya hancur.
Sambal udang kering tu pun kena blend ladakering, pihar jari2 gemuk saya ni.
Roti tu laaaaagi la,
Uli dari malam tadi..
Tak per, kalau awak tak suka ke, diet ke atau dah kenyang ke,
Saya tak kisah.
Janji rakyat jelata republik ni suka.
Wei, jangan ngada2 nak makan benda lain pulak,
No nasi dagang, no nasi lemak!
No no no nooooooo....!
Kuasa veto. Makan ni.

Thursday, January 30, 2014

?

Tengok orang lain bebas masaalah,
rasa jeles.
Riang gembira.
Ceria
Sedapnya jadi mereka..
Namun
Apa daya ku,
Sejarah hidup bertintakan air mata.
Sentiasa diuji
Dugaan demi dugaan
Hinggap tanpa jemu.
Sehinggakan adakalanya,
Aku ingin saja bungkus sisa nyawa
Dan pulangkan ke Sang Pencipta,
Biar di sini saja segalanya bernoktah
Tamat sebuah cerita duka selamanya
Full stop. The end. Period.

Wednesday, January 29, 2014

rasa macam budak kecik

Di waktu ini, jam ini, saat ini...
Teringat sangat kat seseorang yg amat saya sayangi.
Seseorang yg menyayangi saya dan menerima saya seadanya.
Satu2 nya lelaki yg sentiasa melindungi saya sehinggalah dia menghembuskan nafas yg terakhir.
Ayah.
Tiba2 hati menjadi teramat rindu untuk disayangi oleh ayah.
Rasa nak ngadu hal, rasa nak berteduh di rimbun kasih dia.
Mungkin kerana saya amat tertekan maka saya teringatkan dia yg sentiasa paksa saya berdiri selepas rebah.
Mungkin juga kerana saya terkalu kesepian maka saya terbayang kemewahan kasih sayang dia.
Ayah,
Saya rindu ayah,

pendosa mcm saya,..

Awak tau tak macam mana rasanya ada anak yg terlantar sakit dan semua ikhtiar sudah tidak mampu menyembuhkan dia?
Awak tau tak macam mana rasa nya melihat anak menderita kesakitan sedangkan kita tidak mampu berkongsi sakit itu?
Awak tau tak macam mana luluh nya hati ibu bila harapan untuk melihat anak kembali seperti sedia kala terhakis?
Awak tau tak macam mana rasanya rindu yg teramat dan sedia maklum rindu ini tidak ada penawarnya?
Awak tau tak macam mana sakitnya dimamah rasa kecewa?
Awak tau tak sekali sekala, seorang ibu biasa seperti saya (bukan ibu mithali ) menjadi sangat sensitif dan mudah sungguh terasa.?
Awak tak tau.
Sebab itu lah awak buat ulasan macam tu,
Sebab tu lah awak sampai hati menganggap saya begitu,
Riak,
Riak tidak semestinya kerana kaya harta.
Tapi ada orang yg merasakan dia lebih mulia di sisi Tuhan dan dia lebih pakar menghadapi stress,
Dia lebih redha menanggung ujian dari Allah, dia lebih sabar...
Dia orang yg mendapat berkat dan sentiasa terhindar dari susah payah.
Saya seorang pendosa maka padan muka saya lah kalau Tuhan pun tidak hiraukan doa dan minta dari saya,
Saya hanya senyum mendengar kata2 dia walau kata2 dia menjadi peluru yg menembak kesabaran saya,
Saya diam,
Saya hilang kata kata.
Saya hanya mampu berdoa supaya dia sentiasa bahagia.
Bertuah nya nasib dia.
Malang nya saya.

Monday, January 27, 2014

ada ke patut nak label orang ikut sedap mulut...

Saya sokong siapa, saya punya suka
Awak nak sokong siapa pun awak punya suka jugak.
So stop judging people according to their political views.
Saya x minat untuk aktif dan tak pernah terlibat dgn mana2 parti.
Kawan2 saya ada yg aktif parti ini, ada yg aktif parti itu.
As long as they are true friends, saya menghargai ikatan persahabatan itu,
Perbezaan fahaman politik tidak akan memutuskan persaudaraan.
Maaf kalau awak rasa saya berfikiran sempit, tapi itu lh saya.
Jadinya,
Kalau lah awak tengok ada kereta kepunyaan Si Polan yg menyokong parti dot dot dot di depan rumah saya, jangan cepat buat andaian.
Begitu juga bila Si polan dari parti lain dtg menziarahi anak saya sakit,
Jangan cepat buat spekulasi...
Kita yg bawah2 ni tau nak jadi batu api saja sedangkan
kelmarin,
YB dari kedua dua parti kebetulan singgah.
Eluk jer mereka sembang.
Tak kecoh pun.
Profesional.
Niat mereka hanya nak ziarah sedara/anak kenalan yg sakit.
Saya menerima kedatangan mereka dgn tangan terbuka.
Hak saya untuk menerima siapa pun sebagai  tetamu saya.

Awak duk diam diam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...