Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, February 29, 2020

Geng bas sekolah berkumpul lagi.

Tak pernah tak happy kalau jumpa kawan lama.




Terima kasih Tuhan kerana menemukan kami semula setelah lama terpisah.
Dulu sibuk dgn anak kecik, keluarga, karier dan mcm2 keperluan hidup.
Sekarang mak nenek ni dah terlepas bebas.
Happy stail orang pencen.

Friday, February 28, 2020

Garis kenangan.



Kita mulakan dgn satu titik pertemuan.
Dan kita cipta ribuan titik kenangan.
Mencantumkan titik2 itu menjadi satu garisan.
Garisan sebuah cerita.
Cerita kita.
Hanya kita berdua yang tahu segalanya.
Garisan cerita kita asal nya begitu membahagiakan.
Kita kongsi setiap rasa, setiap rindu dan setiap mimpi.
Sayang sekali,
Garis cerita kita tidak selalu licin dan lurus.
Di titik titik tertentu duri kehidupan mencakar hati.
Celaru emosi.
Kita temui perangkap buntu.
Pengorbanan demi pengorbanan meruntuhkan daya tahan.
Titik2 lemah membakar panjang nya garisan.
Melukakan.
Secepat itu titik mula kita bina,
Secepat itu juga bayangan titik akhir muncul tanpa rela.
Namun aku tidak pernah kesal.
Garisan cerita kita ini lah yang pernah membekalkan ku damai.
Garis ini lah yg menjadi talian hayat.Penyelamat.
Garis cerita kita ini adalah garis kenangan suka duka yg pendek.
Sewaktu gempa jiwa yg meruntuhkan segenap harapan bahagia,
ku temui semangat ku yg hilang dalam tenang redup mata mu.
Sungguh aku bahagia bersama mu walau sekejap cuma.
Masih ada cebisan2 dari garisan cerita kita yg menghiburkan lara ku.
Masih kekal bermukim di dalam hati saat2 indah bersama mu dulu.
Hari ini,
mimpi indah yg sementara itu masih ku biarkan bergantungan.
Tersidai dalam ruang hati yg paling kosong.
Biarkan ia di situ selamanya.
Aku tidak tahu bila sebenarnya hadir titik perpisahan yg menamatkan garisan itu.
Di saat ini aku masih mencari cari titik hitam itu.
Seperti tidak pernah ada kerana kadang2 aku merasa
Senyuman mu masih ada di sini....
Suara mu masih menyapa sepi ku..
Meski pun titik perpisahan menamatkan garisan cerita kita,
Kenangan bersama mu ku heret ke garisan kehidupan seterusnya.


Wednesday, February 26, 2020

Buah cempedak di luar pagar

Terasa macam nak give up dah.
Otak tua macam saya ni dah payah nak terima ilmu.
Ustazah terpaksa ulang2 pelajaran sama berkali kali.
Kesian ustazah.
Ilmu yg sedang saya pelajari tu makin hari makin payah.
Ke saya rasa payah sebab saya makin bodoh?
Saya ni zaman sekolah dulu tak ada lah bodoh mana pun.
Tapi sekarang ni, semenjak dua menjak ni rasa tumpul dah minda.
Susah nak hadam perkara baru.
Dalam kelas bahasa arab tu bukan saya sorang yg warga emas.
Semua pun geng pencen.
Orang lain nampak cool jer,
otak mereka macam sponge meresap ilmu tanpa byk soal.
Saya ni ada saja nak tanya ustazah,
ada saja yg tak faham.
Rasa2 lah...bukan sebab tua kot.
Dr Mahadhir laaaaagi tua tapi otak 1st class.
Kenapa ya saya jadi macam ni?
Ke sebab bahasa arab ni memang bahasa yg complicated.?
Saya ni guru bahasa inggeris berpuluh tahun.
Tak der payah pun.
Tak ada masaalah pun berbahasa inggeris.
Mudah sangat berbanding bahasa arab nih.
Entah la belalang, tengok la macam mana.
La ni masih attend classes macam biasa ni..
Esuk lusa x jamin dah..
Tengok dulu sanggup lagi tak terlopong blurr dlm kelas.
Tapi kalau quit, lagi lah tak pandai bahasa arab kan?
Go Hani go!
Cuba.
Sabar.
Setiap kali ke kelas, satu jer saya dapat.
Dapat selfie dgn geng.
Hahaha....at least!
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah buluh di hulu
Kami tua purba baru nak belajar
Kalau salah tlg bantu

Tuesday, February 25, 2020

Dibungkus kenangan.

Hari ni mokcik ni kemain lagi
Berbaju kurung sepasang.
Lenggang lenggok mcm itik pulang petang.
Baju lama tu, baju zaman masih jadi cikgu.

Kebetulan mengemas almari,
nampak baju ni merayu rayu untuk di sarung.
Dah lama sangat tak pakai baju kurung sepasang macam ni.
Ya la kan, nak ke pasar berbaju kurung gini nampak formal sgt.
Saya lebih suka pakai blouse simple2 dgn skirt labuh atau seluar saja
Kadang2 nak cepat , sarung jubah.
Cari yg tak payah brrgosok.
Malas dah nak ngadap sterika.
Kalau tak keluar, kat rumah selesa berTshirt dgn loose pants saja.
Nak lagi selesaa saya pakai kaftan.
Nak laaaaaagi selesa pakai kaftan koyak.
Koyak bawah lengan is the best!

Cuma masaalah nya kalau pakai kaftan koyak ni kena hati2.
Kena ready 'jubah bantuan kemanusiaan.'
(Selalunya jubah hitam lah,senang gitu)
Tiba2 kalau bunyi door bell kena cepat2 sarung jubah tu.
Penyelamat maruah diri.
Apa tidak nya, boleh pengsan tetamu kalau tengok kaftan koyak tu.
(Dah la koyak, siap singsing atas bahu dan ada sistem pengudaraan/ good ventilation di kiri kanan badan)
Bukan seksi tapi seksa mata memandang.
Hmm...ada ke org lain macam saya?
Ok ok berbalik pada baju kurung.
Baju2 kurung, kebaya dan semua baju2 formal yg lain nya tak terusik.
Fuhh...masih elok, dari kain mahal hingga ke yg biasa2 tersusun kemas.
Ada yg selepas saya pencen, saya sedekahkn.
Tapi masih byk yg tersimpan.
Anak menantu saiz x serupa, x leh pakai.
Sekali sekala buka almari,tilik perhati....
Baju2 ni byk kenangan melekat bersama lipatan nya..
Bila di tenung2 baju seakan bercerita.
Suka duka dlm kehidupan seorang wanita, guru, isteri, ibu,kawan bernama Hani.
Dah jadi macam harta yg ada sentimental value.
Hari ni tergerak hati nak pakai baju kurung lama.
Saya pilih yg biasa2, yg warna mustard ni.
Mujur masih muat.
Saya keluar breakfast dgn anak.
Rasa janggal juga berbaju kurung dlm Kopitiam.
Anak saya dah gelak2 dah..
"Apalah mummy ni macam nak gi kenduri" kata dia.
Biarlah, apa apa lah....
Pakai saja dan sekali gus terasa seperti
baru semalam masuk kelas, anak murid bangun hormat...
"Selamat pagi cikgu..."
 Wei, pagi2 dah bermimpi nih..Apolaaaar.
Kembali lah ke alam nyata wahai cikgu Hani.
Hiruplah Mee Putih tu.
Sedap kannn....
Dah bebas dari tugas guru pun sedap juga
Sekarang boleh santai2 keluar breakfast, dulu x boleh.

Maka nikmat Tuhan kamu mana kah yg kamu masih dustakan?
Fabiaiyiaalaaaa irobbikumatukazzibann



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...