Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, February 19, 2017

Siapa tak sayang anak?

Aku lah ibu yg tak popular,
Kerana di mata anak anak,
Aku ngalahkan hitler.
Kuasa veto ditangan ku.
Tidak bererti jangan.
Jangan bererti kalau buat jugak
Brrbingkai kesan rotan di betis.

Aku ibu yang tak reti guna pendekatan saikologi.
Yang ku tau hanya lah mengawal dan memantau.
Mata ngalahkan helang..
Hidung cepat bau bahasa tipu.
Mulut tak ada tarikh tamat tempoh.
Bebel siang malam.
Pot pet pot pet pot pet

Anak2 tak merasa keluar dgn kawan2..
Tak merasa lepak lepak di shopping mall
Tak merasa main dgn kawan sebaya kecuali di sekolah.
Rombongan lawatan sambil belajar pun tak pernah ikut serta
Sedangkan aku cikgu bawa anak org lain kesana sini.
Nasib kamu la anak......

Tak apa lah kalau pun anak aku terkongkong.
Di bawah sayap ku mereka lebih senang untuk ku bentuk
Dari ku biarkan mereka panjang langkah.
Diam lah didalam negeri taklukkan ku.
Merungut dan menangis lah semau mu
Undang2 negeri harus di taati
Ini cara ku..
Ini cara didikan ibu mu .

Bila terbaca cerita anak2 masih di luar rumah di awal pagi
Masih bermain bergembira dgn kawan2 di waktu yg sepatutnya lena bertemankan mimpi .
Hati ku robek...
Bukan salah mereka, yakin bukan begitu.
Habis tu salah siapa?
Segala yang terjadi adalah pengajaran buat kita.
Bagi saya,
Tidak apa anak2 saya benci ibu mereka ini kerana berkuku besi.
Semoga bila mereka dewasa nanti dan mereka berkeluarga,
mereka tau lah,
kasih sayang yg sebenar nya adalah bahasa marah ayah ibu.
Wait n see la anak2 wei......

5 comments:

mokja said...

Jangan bimbang. Saya pun gang emak garang. Masa mereka sekolah,aktiviti dipantau macam burung helang jaga anak. Saya tau anak meluat kerana kuku besi saya tapi itu yg terbaik buat mereka. Dah lepas U... buatlah apa mau mu tapi hati2 mak masih memerhati dan bercakap kalau x betul apa yg dibuat anak anak.
Tapi kadang2 teringin nak jadi emak yg lemah lembut,tak apa walau salah depan mata dan senyum gembira sentiasa.

Granny Hani said...

Confirm kita geng!

hj ibrahim said...

yes

hj ibrahim said...

yes

ibha said...

yes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...