Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, February 12, 2017

Tak bertempat nak mengadu

Saturday, 11 February 2017


Setiap kali saya ke pasar saya perhatikan dia
Semakin hari semakin memboyot perut tu.
Entah kandungan ke berapa
Sekarang dia dah sarat.
Diam di penjuru pasar, tak aktif lagi.
Kalau ada orang hulur makanan, makan lah dia hari tu.
Kalau tidak, dia selongkar sampah berhampiran.
Hari ni sewaktu tunggu makcik timbang bawang saya tengok dia mengesot.
Laaaa....dia tak boleh jalan rupanya.
Kata akak yg jual sayur tu, dia memang dah tempang masa mula2 dtg menghuni di pasar ni.
Dari tempang lama2 dah mengesot..
Patah pinggang kot.
Atau pernah dijangkiti virus saraf yg melumpuhkan.
Apa2 pun atas dasar kasihan, saya pungut dia bawa balik.
Tau sangat kat rumah kucing dah ramai.
Saya pun bukan nya x ada kerja lain, bertimbun kerja wajib dan kerja sunat saya.
Tapi macam saya cakap tadi la, kesian.
Rupa buruk, kusam dan kotor.
Dah la preggy,
Cacat lagi...
Tak ada rumah, tak ada yang ambil peduli.
Tak ada yg sayang.
Ok lah wahai kucing terbuang,
Kita balik saja.
Biarpun kau impikan istana,
Hanya pondok yg mampu aku sediakan.
Tidak apa lah kalau tidak ada hati yg menyayangi mu,
Cukuplah kau terjaga makan minum dan anak2 mu tidak lahir di jalanan.
Itu saja yg mampu ku lakukan.
Semoga nanti kau doakan yg baik2 saja buat keluarga ku,
Semoga hadir mu memurahkan rezeki ku.
Murah rezeki ku murah lah rezeki mu..
Kita share ok.
Ko ni nama apa hah?
Nak panggil apa ya.....?

4 comments:

Anonymous said...

Sungguh mulia hati teacher. Semoga teacher Hani sentiasa dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik2.

Noraini Hussin moon said...

Alangkah mulia hatimu puan

azue zakaria said...

May allah bless u and ur family, aunty. Kucing ni mengingatkan saya pd kucing saya yg hilang dulu (nun jauh di srwk)...

Anonymous said...

comel kucing...alhamdulillah rezeki Teacher dapat dia, rezeki dia dapat Teacher...saya doakan semoga semuanya dipermudahkan..Aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...