Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, May 27, 2017

Ramadhan kali ini.

First day of Ramadhan.
Seronok.
Memang dinanti nanti.
Di sini segalanya berubah bila tiba bulan berkat ini.
Kalau selalunya pagi2 dah bising nak makan apa, nak beli apa, nak masak apa untuk breakfast,
Hari ni senyap sunyi.
Berkebetulan hari ni hujung minggu, cuti sekolah.
Maka rakyat jelata masuk dlm selimut semula selepas subuh tadi.
Aircon terus terpasang maka sedap la tu tidor.
Jalan depan rumah lenggang, tak ada bunyi kenderaan lalu lintas.
Ke semua orang tidor nih?
Kerja saya masih banyak.
Bulan apa pun kerja saya tak berkurang pun.
Kalau pun tak payah sediakan breakfast, nanti belah petang kalut ribut gak memasak.
Cuma lega tengok singki kering.
Dapur tenteram saja pagi2 begini.
Pagi2 mcm ni kat depan tu tak ada orang berjualan.
Gerai sejuk kaku.
Petang nanti tengok la, meriah!
Yang niaga hanya di bulan ni pun ramai.
Memeriahkan lagi suasana.
Dgr khabar para peniaga hanya boleh berjualan mula dari pukul 3 ptg.
Agaknya untuk elakkan orang beli makanan untuk tujuan yg salah.
Yer la, kalau dah kul 11 pagi dah nak beli nasi tu apahal?
Nak kata nasi untuk anak kecik, siap nak sambal bagai.
Tak posa ehhhh?
Eiii..malu kat budak kecik yg puasa x tinggal sehari pun..
Kubur masing2....kannnnn.
Saya malas nak kupas bab dosa pahala ni,
Kita pun jahil jadi tak ada hak nak label org lain sebagai penghuni syurga atau neraka.
Yang saya duk membebel ni pun bukan berkaitan amal ibadat atau hukum hakam.
Sekadar nak kongsi apa yg saya lalui di setiap Ramadhan.
Tu jer, santai santai jer.....
Boleh saja kannnn?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...