Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, May 28, 2017

Ramadhan ke2U

Hari ni hubby ada appointment dgn Husm Kubang Krian
Kalau ikut kebiasaan seharian lah berkulat di husm.
Pagi pergi ambik darah dulu..ambik ke bagi darah?
Lepas kul 2 baru boleh jumpa doktor.
Tak kuasa nak tunggu di hospital maka saya balik dulu.
Gi pasar dulu.
Siap2 bahan untuk masak petang nanti.
Solat zohor dulu
Nanti kul 2 saya drive ke spital sekali lagi.
Petang nak parking senang sikit.
Niatnya nanti nak ke Mydin sambil tunggu dia selesai dating dgn doktor.
Beli apa yg patut.
Selalunya beli apa yg tak patut pun.
Haishhh! Tak yah pergi Mydin lah.
Baik tunggu dia di farmesi, tolong beratur ambik ubat.
Boleh juga perhati gelagat manusia.
Macam2 jenis orang tak sihat ada di situ.
Kadang2 saya interview org yg duk sebelah saya masa menunggu tu.
Kadang2 saya di interview.
Alah, tak kisah pun, tanya la apa saja tak menjadi masaalah.
Soalan yg selalu di tanya ialah ' Sakit apa?'
Duk kat hospital menjadikan kita lebih mensyukuri nikmat sihat.
Alhamdullilah, sakit sikit2 tu biasa la sinonim dgn usia kannnn....
Kepada semua pesakit yg sama2 di sini hari ni saya doakan
Semoga sakit itu sementara.
Semoga pulih sihat sejahtera.
Sakit itu tanda Tuhan sayang dan Tuhan nak kita sentiasa dekat, meminta pada Nya.
Sakit penghapus dosa.

2 comments:

Ann Ishak said...

salam ramadhan kak

mokjadeandell said...

saya pun jadi penunggu hospital kebelakangan ini. Mana bhg yg tak pergi. Dari mata sampai ke kaki.Sabar sajalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...