Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, January 24, 2022

Jangan salah faham.

Saya bukan pemuisi. Saya bukan aktif dalam kerja kerja sastera dan teater. Saya orang biasa yang suka menulis saja. Suka mengumpul sejarah hidup di blog dan sekali sekala tulis puisi ikut hati. Tak pernah nak jadi penulis pun. Bila orang duk persoalakan pasal penulisan saya, saya jadi pelik juga. Biar lah, suka hati saya la nak tulis dalam bentuk apa pun. Blog saya itu hak saya. Jangan lah duk cari kesilapan bahasa dan kesalahan penggunaan kata2 ke apa ke. Saya tau apa yang saya tulis. Saya bukan nak hasilkan buku yang terjual laku. Saya bukan nak tunggu untuk dinobatkan sebagai penulis tersohor negara. Bukan bukan bukan. Saya tulis apa yang ada dalam kepala sewaktu saya menulis. Saya luahkan apa yang saya nak luahkan. Saya puas. Seronok. Terhibur. Cukup macam tu. Tak payah ajak saya hadir bengkel penulisan. Tak payah ajak saya ke perjumpaan penulis2 hebat. Saya tak suka dan tak nak hadir pun.Biarlah saya terus berada di dalam gua saya dan berselimutkan gelap kelam. Tak apa apa jika orang tak kenal saya. Saya menulis bukan kerana nama..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...