Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, March 3, 2024

Budu

Saya kelantan asli.
Makan budu
Tapi bukan bererti kena makan, wajib makan hari hari.
Saya suka makan budu cicah ulam.
Pun begitu bagi saya budu hanyalah satu option ganti sos.
Tak ada budu pun tak mengapa.

Percaya tak kalau saya kata di dapur saya tak ada budu.
Haha...memang betul la awak.
Saya makan budu sekali sekala jer.
Entah mengapa hari ni rasa nak makan budu.
Bila kali terakhir saya makan budu?
5 ke 6 tahun lepas kot.
Mungkin lebih dari tu.Arwah suami saya tak suka budu dan anak2 pun tak berapa suka juga.
Tu pasal la menu budu tak ada dlm senarai makanan keluarga.
Kalau nak beli budu dan nak beli segala mcm ulam hanya kerana saya sorang yg nak makan memang tak berbaloi lah.
Maka kelmarin kerana selera mencari budu, saya keluar makan nasi di restoren ni yg sohor sgt dgn budu dan ulam.
Sedap gak la
Byk pilihan ulam
Puas dpt makan.

Dlm foto tu pinggan nasi anak saya.Dia tak pernah makan budu. Dia tak tau pun yg budu kena letak asing. Dituang nya budu diatas nasi. Gelak sakan saya tgok. Kan dah masin tuh. Dah kena tukar nasi lain. Haishh..budak la ni memang tak terdedah pada makanan tradisional. Anak2 saya semua tak makan budu kecuali dia yg berani nak cuba.
Sedap tak Iffah?
Iffah cakap boleh laaa...

 

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Hahaha.. dibuat mcm gulai plak ya budu tu. Sy plak org Johor yg suka masukkan budu dlm air asam. Kalau makan cecah gitu² aje, sy tak pandai sgt.

Granny Hani said...

Owh..makan budu ya? Hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...