Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, September 17, 2009

Dari hati ke hati



27 Ramadhan
Hari terakhir persekolahan sebelum beraya
Esuk cuti sempena Aidilfitri.
Hari ni kita bermaaf maafan.
Mana tau.....
Kut ada yang
ter jeling ke,
ter cuit ke,
ter makan ke,
ter buzy body ke,
ter umpat ke,
ter tokok tambah ke,
ter sebar ke,
ter hangin ke,
ter melenting ke,
ter berasap kepala ke,
Lidah lagi kan tergigit,
Ini kan kita yg separuh hari duk sebumbung.
Maaf Zahir Batin..

Esuk lusa dah nak Raya

Tujuh likur dah tiba
Tanda Raya tak lama lagi
Kecik besar sama teruja
Bermain bunga api










Anak pegang satu.
Mak pegang tiga.
Setahun sekali bukan selalu.
Mak pun nak main juga..
( Dari kecik sampai tua tak sah kalau tak main bunga api...)

Wednesday, September 16, 2009

Balik kampung


Along and Kimi is here already. Pengsan terus ke anak? Happy nya mummy, balik2 dari sekolah tengok these two boys tergolek cm kena tembak kat ruang keluarga..Ok, tido lah dulu, Mummy nak ke dapur prepare a good meal for 'berbuka' today..Best nya Raya kalau semua ada kan..

Dapur ini syurga ku


Dunia ku di sini.
Walau hanya sebuah ruang yang sempit tapi di sini lah ketenangan bagi ku.
Di waktu hati ku bercelaru di daerah ini lah aku curahkan segala resah.
Di waktu hati ku gusar, di empat penjuru alam ini lah aku cuba sibukkan diri agar masa lelah itu cepat berlalu..
Di singki ini lah tangisan ku tumpah,
Di lemari ini lah ku simpan segenap episod kehidupan.
Di dinding ini lah ku bingkaikan segala kenangan pahit manis sebagai seorang ibu, isteri dan perempuan yang serba kekurangan.
Yang ku bekukan adalah luka semalam
Yang ku didihkan adalah semangat juang.
Marilah, jemput lah ke Dapur ku,
Biarkan duka hangus di ganggang..
bukalah saji,
Di situ harapan bahagia sentiasa terhidang..

Monday, September 14, 2009

Meriah sungguh


Oleh kerana minggu ni minggu terakhir puasa dan sekolah di pantai timur mula bercuti Jumaat ni, maka di sekolah ku kemeriahan raya dah terasa sangat..
Tauke biskut dah berbakul2 bawa biskut yang di tempah..Tauke kerepek dengan kerepek nya..Tauke itu, tauke ini...Meriah! Jual beli mengalahkan Wall Street..
Bunyi jer loceng masuk kelas, suasana dalam bilik guru berubah. Senyap. Cikgu2 dah ke kelas masing2..Yang tinggal hanya lah biskut raya berbalang2, kerepek, baju raya, itu dan ini, berbukit di atas meja masing masing..
Guru pun manusia jugak, walau sibuk macammana pun, semangat nak raya tu sama jer dengan orang lain...Cuma beza nya kalau orang lain ada 7 , 8 anak yang tadah duit raya, kami ni paling kurang ada 40-100 anak didik yang menanti...Apalah nilai nya seringgit jika di bandingkan dengan senyuman ikhlas seorang murid di waktu mengucapkan 'Selamat hari raya, Cicer..' dan menghulurkan kad ucapan yang di buatnya sendiri dengan ucapan 'Maaf Zahir Batin kerana selalu buat cicer marah..Pecah kaca,pecah gelas..sudah baca harap balas.'
Haaa...Siap pantun dua kerat lagi, itu Cikgu BM la yang ajar tu..Sorry la anak yer, tak sempat balas kad tu...Jangan lupa ajak mak ayah datang umah cicer raya nanti k..
Salam Aidilfitri buat semua anak murid ku yang melewati blog ku ini.
No mercun please...Don't forget I have eyes behind my head.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...