Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Monday, September 14, 2009
Meriah sungguh
Oleh kerana minggu ni minggu terakhir puasa dan sekolah di pantai timur mula bercuti Jumaat ni, maka di sekolah ku kemeriahan raya dah terasa sangat..
Tauke biskut dah berbakul2 bawa biskut yang di tempah..Tauke kerepek dengan kerepek nya..Tauke itu, tauke ini...Meriah! Jual beli mengalahkan Wall Street..
Bunyi jer loceng masuk kelas, suasana dalam bilik guru berubah. Senyap. Cikgu2 dah ke kelas masing2..Yang tinggal hanya lah biskut raya berbalang2, kerepek, baju raya, itu dan ini, berbukit di atas meja masing masing..
Guru pun manusia jugak, walau sibuk macammana pun, semangat nak raya tu sama jer dengan orang lain...Cuma beza nya kalau orang lain ada 7 , 8 anak yang tadah duit raya, kami ni paling kurang ada 40-100 anak didik yang menanti...Apalah nilai nya seringgit jika di bandingkan dengan senyuman ikhlas seorang murid di waktu mengucapkan 'Selamat hari raya, Cicer..' dan menghulurkan kad ucapan yang di buatnya sendiri dengan ucapan 'Maaf Zahir Batin kerana selalu buat cicer marah..Pecah kaca,pecah gelas..sudah baca harap balas.'
Haaa...Siap pantun dua kerat lagi, itu Cikgu BM la yang ajar tu..Sorry la anak yer, tak sempat balas kad tu...Jangan lupa ajak mak ayah datang umah cicer raya nanti k..
Salam Aidilfitri buat semua anak murid ku yang melewati blog ku ini.
No mercun please...Don't forget I have eyes behind my head.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
selamat hari raya :D
Maiyah beraya di mana?Selamat Hari Raya juga untuk Maiyah.
Selamat Hari Raya to you and your love ones.
Post a Comment