Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, March 6, 2010

Aku terkena lagi...

PERLUMBAAN KAPAL SELAM YANG HEBAT..
Tenguk photo ni..
Nampak tak?

Tak nampak jugak??
Jangan tengok dekat sangat.
Jauhkan sikit.

Bukak mata luas2..tengok betul2
Ada kan..Tu yang gitu2 tu...

Tak nampak???
Dah sah tak nampak?

Awakkk...,
Dengar sini,
Dah nama pun Kapal Selam kan,
Keje nya menyelam saja laaa
Mana lak boleh nampak.
Dah..Gi buat keje..
Huhuhuuuu....!!!

Friday, March 5, 2010

Spec Baru buat Mata Lama

Ini spec baru..Tak tanya pun tak per, saja peramah nak cakap.
Power bagi spec saya makin bertambah.
Tak lain kerana usia yang tak miss bertambah setiap tahun.
Sardine pun ada expired date, ini kan kita manusia.

Banyak benda lain yang bertambah tanpa disuruh.
Uban bertambah rancak juga tumbuh.
Kedut menakluki segenap wilayah jajahan.
Dosa?
Adoiii...

Yang berkurang cuma baki usia.
Kalau usia ni seperti gas dalam balang,
agaknya dah tak sampai separuh balang ni.
Entah2 meter dah hampir 'E'.
Hmm..
Terasa dah tua sangat .
Nasib baik jadi manusia,
kalau jadi pasu, dah jadi artifek sejarah dah ni,
Dah jadi bahan pameran kat muzium..
Tau tak per.

Thursday, March 4, 2010

Entah apa kena saya ni..

Ni pun satu hal jugak.
Kalau org bercerita pasal drama bersiri,
saya cukup pantang.
Pantang tunggu dan lihat.
Kalau dah mula tunggu dan lihat alamat payah lah nak berhenti.
Berhantu.
Satu lagi penyakit saya yang belum terubat.
Suka ulang ulang tengok.
Tengok sekali cerita tu kira biasala..
Yang teruk nya saya ni, dah tengok sekali mesti nak tengok lagi..
dan lagi..
dan lagi..
Sanggup tunggu depan U tube,
Kadang tu siap beli DVD lagi..
Bukan cerita 'Full House' ni saja,
Dulu 'Winter Sonata'...
Bercupak saya bazirkan air mata untuk industri filem korea ni..
Apa apa jer lah saya ni .......

Monday, March 1, 2010

Cepat la pulih wahai sahabat ku...


Awak ingat lagi tak..
- tentang burung yang selalu datang hinggap di tingkap awak dan awak bagi mereka makan biskut?
-tentang Tauke Cyber Cafe yang untung besar sewaktu line tenet kat apartment awak tak berfungsi.
-tentang bau Nasi beriani, kari dan roti nan yang melekat di badan awak..sabun pun tak mau hilang.
-tentang contraktor yang hampir nak bertinju kat ofis hari tu?
Awak masih ingat lagi tak tentang saya?


Saya masih ingat dan tak akan lupa...
-kenapa awak berasap telinga di kebun durian dulu..awak ingat tak?
-kenapa awak takut sangat dengan tukang urut...awak ingat tak?
-kenapa awak berada di airport Februari tu...awak ingat tak?
-kenapa awak tiba tiba pulang ke tanah air baru baru ni...awak ingat tak?
Saya masih ingat dan tidak akan lupa segalanya mengenai awak.

Saya teringatkan awak. Teringatkan lawak bodoh yang buat kita ketawa guling guling. Teringatkan mimpi kita dan impian yang kita tahu mustahil tapi kita tak kisah, kita terus juga mengayam lebih banyak mimpi.Saya tak lupa budi awak,sungguh saya tidak akan lupa. Saya doakan semoga awak bahagia walau dalam keadaan macam mana pun. Saya sentiasa memohon pada Tuhan agar awak cepat sembuh...
Cepat la sembuhhh
Cepat la sembuhhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...