Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, March 1, 2010

Cepat la pulih wahai sahabat ku...


Awak ingat lagi tak..
- tentang burung yang selalu datang hinggap di tingkap awak dan awak bagi mereka makan biskut?
-tentang Tauke Cyber Cafe yang untung besar sewaktu line tenet kat apartment awak tak berfungsi.
-tentang bau Nasi beriani, kari dan roti nan yang melekat di badan awak..sabun pun tak mau hilang.
-tentang contraktor yang hampir nak bertinju kat ofis hari tu?
Awak masih ingat lagi tak tentang saya?


Saya masih ingat dan tak akan lupa...
-kenapa awak berasap telinga di kebun durian dulu..awak ingat tak?
-kenapa awak takut sangat dengan tukang urut...awak ingat tak?
-kenapa awak berada di airport Februari tu...awak ingat tak?
-kenapa awak tiba tiba pulang ke tanah air baru baru ni...awak ingat tak?
Saya masih ingat dan tidak akan lupa segalanya mengenai awak.

Saya teringatkan awak. Teringatkan lawak bodoh yang buat kita ketawa guling guling. Teringatkan mimpi kita dan impian yang kita tahu mustahil tapi kita tak kisah, kita terus juga mengayam lebih banyak mimpi.Saya tak lupa budi awak,sungguh saya tidak akan lupa. Saya doakan semoga awak bahagia walau dalam keadaan macam mana pun. Saya sentiasa memohon pada Tuhan agar awak cepat sembuh...
Cepat la sembuhhh
Cepat la sembuhhh

2 comments:

maiyah said...

sy ketinggalan ke.. sapa awak tu

hani@debumelukut said...

Maiyah, "awak" di sini ialah kawan yang tidak pernah berjanji untuk menyelasaikan segala masaalah akak, tapi dia sentiasa ada, menangis bersama akak di waktu akak memerlukan sokongan..Kawan sejati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...