Sepatutnya saya berani kerana benar.
Sepatutnya saya pergi semuka dengan orang tu.
Sepatutnya saya dah bagi sebijik kat atas dahi dia
Sepatutnya saya canang satu benua pasal mulut longkang dia tu
Sepatutnya saya tunjuk bukti kebenaran saya dan ke'licik'kan dia bermain kata.
Sepatutnya saya paksa dia melutut minta maaf.
Sepatutnya saya kasi ajar sama dia agar dia serik mempergunakan saya.
Tapi kerana saya ni sekadar 'Samseng Kampung Dusun',
penakut
pengecut,
mudah mengalah,
selalu nak jaga air muka orang lain,
sentiasa nak pelihara hubungan sesama manusia,
maka saya hanya luahkan kekesalan saya di blog saya.
Huhuhuhuhuuu...........
Cian saya laaaaaa..................
Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Tuesday, April 16, 2013
Monday, April 15, 2013
Romeo ini datang secara berkala.
Di kala langit berpayungkan bendera2
Arca cinta di mana mana..
Romeo ini merayu ku lagi,
Mengejar cinta..Menjaja setia
Mengharapkan setitik kasih
Berjanjikan segala mimpi Mencairkan hati
Setiap ruang yg ku jelajahi,
wajahnya terpampang di sana sini
Senyum nya manis dan baik budi bicara
Baik ada makna tu...
Tidak mengira masa,Sang perindu merayu rayu
warkah2 cinta dan kiriman2 sayang,
silih berganti jatuh di riba
Di ketika ini aku lah segalanya
Pintalah apa saja,
Mau ku bagaimana..
Semua bisa di atur..
Kadang kadang muak juga,
Loya juga kerana aku tahu cinta mu hanya sementara.
Selepas 5hb Mei ini,
Janji hilang entah kemana
Senyuman kurang gula
dan kau pun berlalu begitu sahaja..

Sunday, April 14, 2013
Awak nilai sendiri lah...
Dia jauh lebih tua dari saya.
Mundar mandir.
Berselipar plastik dan berbaju kurung agak lusuh.
Saya tengok dia menyapa beberapa orang yg hadir di ruang itu.
Nampak seperti mereka menjauhkan diri dari dia.
Agaknya sebab dia tak nampak macam 'Mak Datin' maka payah lah dia nak dapat bantuan.
Dia datang duduk dekat dgn saya.
Tapi dia tak kata apa apa, sekadar menung dan resah di wajahnya ketara.
Bila saya lemparkan senyuman ke arah dia, baru lah dia berani bersuara.
"Makcik tak reti nak isi borang dan 'Jaga' yg selalu bantu makcik tak ada.Nak mintak tolong siapa lah ni.."
Owh, itu masaalah dia yer..
"Bak sini saya isikan, bagi saya buku akaun tabung haji tu dan berapa makcik nak ambik.?"
Dia senyum lega dan katanya dia nak ambik rm300 saja.
Saya agak dia terdesak lah ni..Kesiannnn.....
Saya ni jahat jugak, rasa tak tahan nak tengok berapa yg dia ada dalam simpanan.
Saya curi curi tengok...
Mak oiii......!
Rm 23,351........
"Nak buat beli nasi bungkus buat budak2 yg duk pondok ngaji agama.."
Jelas dia tanpa saya perlu tanya.
Rupanya Makcik ni lagi banyak duit dari saya.
dan yg saya kagum ialah dia nak menderma rupanya.
(Kalau saya yg keluarkan rm300 tu, sah sah saya buat beli kasut baru...)
"Mek nak ambik duit jugak?"
Sama macam makcik lah, saya pun nak ambik duit jugak tapi bukan kerana nak di dermakan, sekadar nak buat bayar hutang.
Niat nak jawap macam tu tapi tak jadi, saya hanya angguk.
Ketika ni terasa selipar getah makcik tu lebih selesa dari kasut Scholl di kaki saya.
Malu sungguh kat makcik nih!

Saturday, April 13, 2013
Fed up dah ni...
Macam tu macam ni,
begitu begini.
Kita saja yg betul.
Orang lain semua salah.
Dah penuh telinga dengar pasal keburukan orang.
Keburukan diri sendiri berlambak sebenarnya.
Dah silau mata duk tengok aib orang tu orang ni,
Aib sendiri kalau di pertontonkan jugak macam mana?
Dah loya dengan segala macam permainan musim memangkah.
Dah tak sanggup dah.
Tak boleh ke kita cuba tonjolkan budi.
Cuba senaraikan jasa sahaja?
Cuba ketengahkan bahagian positif, tentu setiap orang ada kelebihan nya.
Ini tidak, letih dah otak kita yg perlu memilih ni duk tapis dan timbang.
Macam macam.
Cepatlah tiba tarikh tu.
Cepatlah kita buat keputusan.
Tak kira lah kita nak pilih siapa,
Hak kita.
Pulihkan lah hubungan antara kita ni.
Kembalikan senyuman pada wajah2 yg mencuka.
Mekarkan kembali bunga bunga kemesraan
Sudah sudah lahhhhhhh......

Thursday, April 11, 2013
Selamat Ulangtahun Kematian
Esuk ulangtahun cinta berpusara.
Ku ziarahi pusara itu tanpa jemu.
Di sini cinta bersemadi bersama segala mimpi.
Segala janji dan segala setia berkubur selamanya.
Kemboja layu berguguran bertaburan di nesan.
Tanah kubur gersang meski pun
ku sirami dgn tangisan yg berulang ulang.
Kakunya waktu bila aku menatap pusara itu.
Rupanya tidak pernah mudah menyembuhkan luka.
Setiap kali di sini berserabut kesal membelit kaki.
merantai jiwa dan aku
masih terluka rupanya.
Aku mahu pulang,
tidak mau terus menjeruk rasa di sini.
Ku lipat kemas kenangan duka,
sepatutnya ku tinggalkan saja sejarah itu di kuburan,
tapi entah mengapa, setiap kali mau beredar
aku tidak pernah lupa untuk mengheretnya pulang bersama.
Telah ku ziarahi pusara cinta ku ini berkali kali..
Di ulangtahun kematian kali ini,,
seperti ulangtahun yg terdahulu,
aku datang lagi,
bertemankan sepi,
dan menatang hati
yg retak beribu kali.

Subscribe to:
Posts (Atom)