Dia jauh lebih tua dari saya.
Mundar mandir.
Berselipar plastik dan berbaju kurung agak lusuh.
Saya tengok dia menyapa beberapa orang yg hadir di ruang itu.
Nampak seperti mereka menjauhkan diri dari dia.
Agaknya sebab dia tak nampak macam 'Mak Datin' maka payah lah dia nak dapat bantuan.
Dia datang duduk dekat dgn saya.
Tapi dia tak kata apa apa, sekadar menung dan resah di wajahnya ketara.
Bila saya lemparkan senyuman ke arah dia, baru lah dia berani bersuara.
"Makcik tak reti nak isi borang dan 'Jaga' yg selalu bantu makcik tak ada.Nak mintak tolong siapa lah ni.."
Owh, itu masaalah dia yer..
"Bak sini saya isikan, bagi saya buku akaun tabung haji tu dan berapa makcik nak ambik.?"
Dia senyum lega dan katanya dia nak ambik rm300 saja.
Saya agak dia terdesak lah ni..Kesiannnn.....
Saya ni jahat jugak, rasa tak tahan nak tengok berapa yg dia ada dalam simpanan.
Saya curi curi tengok...
Mak oiii......!
Rm 23,351........
"Nak buat beli nasi bungkus buat budak2 yg duk pondok ngaji agama.."
Jelas dia tanpa saya perlu tanya.
Rupanya Makcik ni lagi banyak duit dari saya.
dan yg saya kagum ialah dia nak menderma rupanya.
(Kalau saya yg keluarkan rm300 tu, sah sah saya buat beli kasut baru...)
"Mek nak ambik duit jugak?"
Sama macam makcik lah, saya pun nak ambik duit jugak tapi bukan kerana nak di dermakan, sekadar nak buat bayar hutang.
Niat nak jawap macam tu tapi tak jadi, saya hanya angguk.
Ketika ni terasa selipar getah makcik tu lebih selesa dari kasut Scholl di kaki saya.
Malu sungguh kat makcik nih!
2 comments:
saya pun turut sama malu nih...
Tanggapan pertama selalunya salah.. terutamanya kalo yang negatif kan..
Post a Comment