Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, April 24, 2013

Bukan Mak Ngah sorang yg pakai merah hari ni...

Merah.
Suka warna ni. lambang gagah berani.
Kiri kanan depan belakang merah.
Dah arahan begitu.
Ikut saja lah.
Bukan benda payah pun, setakat nak pakai merah satu hari dlm seminggu tu kacang jer.
Nak pakai hari hari pun boleh.
Esuk kalau di suruh pakai warna kelabu, kelabu lah akan saya gantung di luar almari untuk di gosok.
Akur.
Yes Boss.
Tak baik melawan arahan, lagi pun kenapa nak lawan arus...
Bukan dia suruh panjat Gunung berkaki ayam pun.
Apa bising bising?
Follow the flow.
Kata perpatah orang putih..
You can bring the horse to the river.
But you can never make him drink.
Yang bawak pergi ke sungai tu sapa2 boleh.
Tapi,
Suka hati kuda lah kuda nak minum ke tidak.
Lain lah kalau tuan kuda sanggup cekah mulut kuda, masukkan tiub getah dan pam air ke perut kuda.
Paksarela nama nya tu.
Tak bagus macam tu, samaada kuda kembung perut atau tuan kuda kena terajang dek kuda.
Lagi baik tuan kuda cakap aje..
Minum laaa...Minum laaa....Minum laaa..
Kalau di pujuk2 kuda besi pun cair.
Tak gitu?

Aparaaa...!
Ada ke patut, samakan kuda dgn manusia.
Mulut saya ni belum di insyurankan lagi ni.
Baik hati hati....
Pantun melayu ada berbunyi,
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa
Saya org melayu kena ikut pepatah melayu.
Ada paham ka?
Wokehhh, Pahammmmmmmm Pak Encikk...!

Tuesday, April 23, 2013

Yang sewaktu dengan nya saja yg faham.

Maka,
Bila saya tidak ada apa nak di kongsi di blog saya ni,
saya hanya mampu mencermin diri.
Terdetik di hati- Dah tua benar aku nih!
Bila bilang kedut dan uban,
laaagi lah rasa macam artifek sejarah.
Eh, beza amat tua degan muda ni tau.
Bezanya...
Waktu muda, kita laku, banyak kegunaan.
Pakai apa pun nampak terletak jer.
Bagai bunga yg menghiasi taman gitu
Di puja puja, di sayang sayang.
Dah tua2 ni rasa macam dah tak berguna pulak.
Tak laku.
Orang dah tak pandang dah, menyemakkan kawasan.
Seperti daun kering yg jatuh berguguran.
Senyum pun orang nampak masam.
Kalau ghaib tak siapa perasan.
Huhuhuhuuuu...
Hari ni cermin bagai berkata kata..
Kata nya,
 " Hani, dah tua tu pandai2 lah bawa diri.Silap hari bulan awak di letakkan di Kedai Barang2 Purba Sadik Segaraga tau..."
Macam tu ka?
Sadik Segaraga pun tak nak kot,
'Return to sender'
Ohh Aloh laaa.......................

Monday, April 22, 2013

Belajar sabar dari mereka

Mereka juga lah yg mengajar saya untuk menerima hakikat yg setiap orang berbeza.Nak kenal mereka?Ok, ni yg pertama ni Faiq nama nya.
Otak bijak tapi playful sangat2.
Meter sabar saya selalu berkelip2 lampu merah kalau berurusan dgn dia.
Tapi dia sgt suka membantu saya.
Sejuk kembali hati saya bila dia selalu nak tolong saya bawa buku dan sebagainya.
kamu besar nanti ticer agak kamu akan menjadi anak yg sgt mengambil berat pasal orang tua kamu.
Tunggu dan lihat
      












Ni pulak Si Kembar yg pemalu.
Dini Atirah dan Dini Atikah
Cute dan sangat serupa wajah mereka ni.
Sampai hari ni saya masih tak tau yg mana nama apa.
Senang cerita saya panggil mereka Dini saja.
Sah tak salah.

Ini Shariff Dol dari Kg Dusun pun tabek nih.
Taktik menyerang dlm diam dia menjadi.
Sekali sehari mesti nak ganggu orang.
Kalau bela diri memang bijak.
Afiq ni, dah la nama serupa dgn nama anak saya, perangai pun serupa.
Jadi YB boleh kot.

The Handsom Boy
Besar nanti berderet la gadis2 yg minat kat dia ni.
Dah la lawa, senyum tak lekang kat bibir.
Dr Wazir..that is what you will become in time.













Makcik Fatihah ni kuat sungguh membebel.
Ada saja yg nak di komplen.
Wei Makcik, awak kalau jadi Cikgu nanti
Sah macam Ticer Hani...

Ni otak first class ni.
Bagi kerja apa pun dia lah yg paling cepat siap.
Pandai melukis, teliti dan hardworking.
Kalau tak jurutera, arkitek dalam tangan.
Zuraifie, Ticer doakan kamu begitu.













Si cantik manis ni sopan anggun
Kemas jer kerja, tulisan cantik.
Kalau semua murid macam dia aman lah kelas.
Ni sorang lagi bakal doktor.
Jadi menantu Ticer nak?

Arman jaguh bising.
Tapi lirikan mata dia boleh cair hati Ticer.
Mulut lebat, ronda kelas hari2
Nanti jadi polis peronda lah Arman.
Atau jadi askar udara..
Udara lebih Arman nih, asyik buang angin jer..

Abang Cool yang control manco.
sekejap duk depan sekejap kena tukar ke belakang.
.Cikgu selalu pindahkan dia ke kawasan bermasaalah.
Bila dia ada, suasana tenang semula.
 Ada gaya jadi Tok hakim mahkamah tinggi ni.

Sorang ni silap tanya sikit berjurai lah si air mata.
Makkk....Saya nak mak saya!
Baby betul lah Shariffudin ni...
Nanti besar awak nak kerja apa?
Ticer rasa awak kerja apa pun, janji duk dgn mak.
Anak mak.














Ini orang koperat in the making.
Pandai buat alasan dan helah sentiasa ada
Ramai kawan, pandai bergaul

Dahi yg lebar tanda fikiran tajam.
Esuk2 kamu jadi Dato' kamu jgn lupa tegur ticer ya.

Ticer dah tua, tentu tak sempat tengok kamu dewasa.
Semoga Nujum Mak Belalang ni betul semua nya.

Terkejut beruk.

Beruk saja yg terkejut,
saya taaakkkk...!
Terkejut tu tidak,
tapi geram tu ada.
Siapa tak geram..
Bangun pagi tengok pintu rumah tak berkunci.
Grill pun hanya di heret rapat sahaja.
Siapa punya angkara ni?
Ada lah tu yang keluar malam2 buta lawat pos.
Tak payah nak keluar jaga pos kalau kubu sendiri terburai.
Esuk malam saya awal2 nak pasang mangga kat pintu.
Nak sorok kunci
Biar yg di luar tak leh masuk,
dan yg di dalam tak leh keluar.
Dah, kalau setakat nak dgr ceramah kat luar tu tak payah k.
Kat sini pun byk lagi ceramah yg nak di sampaikan.
Meh sini mak nenek nak bagi ceramah ni..
Anak dan bapak dengar sini,
Len kali bawak kunci tu.
Tak larat dah saya nak bersengkang mata tunggu kamu balik.
Saya akan kunci pintu dan masuk tidur.
Kalau awak call ke, ketuk ke, hapa ke, saya tak sedar itu masaalah awak.
Kereta byk bawah porch tu, tido aje kat situ.
Tumpang tido rumah bakal YB tak leh ke?
Opsss...
Dah azan subuh dah tu,
Maaf,
Ceramah di tangguhkan kerana Maknenek ni parti 'gerakan'
Nak gerak yg masih tidur tu, subuh dah ni.
Bangunnnnnnnnnnn....!
Pagi ni mulut bergerak lebih awal dari kaki..
Parti gerakan-kalau maknenek ni bergerak baru boleh makan.
Kalau duk diam, tak berasap lah dapor....!



Sunday, April 21, 2013

Puisi buat ingatan untuk diri sendiri...

Musim ni,
Ada yg gaduh laki bini.
Ada menantu cabar pak mertua.
Ada ipar duai bercakaran.
Maklumlah musim ni kuku tajam.
Taring dan tanduk tumbuh hari hari.
Lidah di asah, pedang pun kalah.
Kau kata macam tu
Aku kata begini.
Di kedai kopi,
Di stesyen bas,
Di pasar pun
segala tajuk di bahas.
Ada yang dah jadi Hang Fitnah
Ada juga Hang Batu Api
Hang Kebun yg hanya kenal cangkul pun
dah mula ngaku kenal Menteri .
Masing masing tak nak kalah.
Tapi kan,
Yang jadi tukang cop bendera dan poster,
Tak cukup tangan kerja siang malam.
Cuba tanya berapa dia dapat?
Dia tak perlu tunjuk lagak.
Simpan diam2 siapa 'Hero' pilihan.
Janji duit masuk, poket penuh..
Lepas pilihanraya, dia ke luar negara..
Yang duk bertempik sorak tu,
putus kerongkong, pecah anak tekak pun,
ada siapa nak tolong cari minyak ubat?
Hehehe...Kesian bangsa ku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...