Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, April 22, 2013

Terkejut beruk.

Beruk saja yg terkejut,
saya taaakkkk...!
Terkejut tu tidak,
tapi geram tu ada.
Siapa tak geram..
Bangun pagi tengok pintu rumah tak berkunci.
Grill pun hanya di heret rapat sahaja.
Siapa punya angkara ni?
Ada lah tu yang keluar malam2 buta lawat pos.
Tak payah nak keluar jaga pos kalau kubu sendiri terburai.
Esuk malam saya awal2 nak pasang mangga kat pintu.
Nak sorok kunci
Biar yg di luar tak leh masuk,
dan yg di dalam tak leh keluar.
Dah, kalau setakat nak dgr ceramah kat luar tu tak payah k.
Kat sini pun byk lagi ceramah yg nak di sampaikan.
Meh sini mak nenek nak bagi ceramah ni..
Anak dan bapak dengar sini,
Len kali bawak kunci tu.
Tak larat dah saya nak bersengkang mata tunggu kamu balik.
Saya akan kunci pintu dan masuk tidur.
Kalau awak call ke, ketuk ke, hapa ke, saya tak sedar itu masaalah awak.
Kereta byk bawah porch tu, tido aje kat situ.
Tumpang tido rumah bakal YB tak leh ke?
Opsss...
Dah azan subuh dah tu,
Maaf,
Ceramah di tangguhkan kerana Maknenek ni parti 'gerakan'
Nak gerak yg masih tidur tu, subuh dah ni.
Bangunnnnnnnnnnn....!
Pagi ni mulut bergerak lebih awal dari kaki..
Parti gerakan-kalau maknenek ni bergerak baru boleh makan.
Kalau duk diam, tak berasap lah dapor....!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...