Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, April 22, 2013

Belajar sabar dari mereka

Mereka juga lah yg mengajar saya untuk menerima hakikat yg setiap orang berbeza.Nak kenal mereka?Ok, ni yg pertama ni Faiq nama nya.
Otak bijak tapi playful sangat2.
Meter sabar saya selalu berkelip2 lampu merah kalau berurusan dgn dia.
Tapi dia sgt suka membantu saya.
Sejuk kembali hati saya bila dia selalu nak tolong saya bawa buku dan sebagainya.
kamu besar nanti ticer agak kamu akan menjadi anak yg sgt mengambil berat pasal orang tua kamu.
Tunggu dan lihat
      












Ni pulak Si Kembar yg pemalu.
Dini Atirah dan Dini Atikah
Cute dan sangat serupa wajah mereka ni.
Sampai hari ni saya masih tak tau yg mana nama apa.
Senang cerita saya panggil mereka Dini saja.
Sah tak salah.

Ini Shariff Dol dari Kg Dusun pun tabek nih.
Taktik menyerang dlm diam dia menjadi.
Sekali sehari mesti nak ganggu orang.
Kalau bela diri memang bijak.
Afiq ni, dah la nama serupa dgn nama anak saya, perangai pun serupa.
Jadi YB boleh kot.

The Handsom Boy
Besar nanti berderet la gadis2 yg minat kat dia ni.
Dah la lawa, senyum tak lekang kat bibir.
Dr Wazir..that is what you will become in time.













Makcik Fatihah ni kuat sungguh membebel.
Ada saja yg nak di komplen.
Wei Makcik, awak kalau jadi Cikgu nanti
Sah macam Ticer Hani...

Ni otak first class ni.
Bagi kerja apa pun dia lah yg paling cepat siap.
Pandai melukis, teliti dan hardworking.
Kalau tak jurutera, arkitek dalam tangan.
Zuraifie, Ticer doakan kamu begitu.













Si cantik manis ni sopan anggun
Kemas jer kerja, tulisan cantik.
Kalau semua murid macam dia aman lah kelas.
Ni sorang lagi bakal doktor.
Jadi menantu Ticer nak?

Arman jaguh bising.
Tapi lirikan mata dia boleh cair hati Ticer.
Mulut lebat, ronda kelas hari2
Nanti jadi polis peronda lah Arman.
Atau jadi askar udara..
Udara lebih Arman nih, asyik buang angin jer..

Abang Cool yang control manco.
sekejap duk depan sekejap kena tukar ke belakang.
.Cikgu selalu pindahkan dia ke kawasan bermasaalah.
Bila dia ada, suasana tenang semula.
 Ada gaya jadi Tok hakim mahkamah tinggi ni.

Sorang ni silap tanya sikit berjurai lah si air mata.
Makkk....Saya nak mak saya!
Baby betul lah Shariffudin ni...
Nanti besar awak nak kerja apa?
Ticer rasa awak kerja apa pun, janji duk dgn mak.
Anak mak.














Ini orang koperat in the making.
Pandai buat alasan dan helah sentiasa ada
Ramai kawan, pandai bergaul

Dahi yg lebar tanda fikiran tajam.
Esuk2 kamu jadi Dato' kamu jgn lupa tegur ticer ya.

Ticer dah tua, tentu tak sempat tengok kamu dewasa.
Semoga Nujum Mak Belalang ni betul semua nya.

3 comments:

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... hahahaaa nice entry ... sempat lak ticer ni wat review yer ...

Chekgu BaniHassim said...

byk watak ek dlm kelas?
kita doakan mereka berjaya dlm apa jua bidang....insha Allah...

Cik Tia said...

alahaii .. touching pula saya baca. doa dari seorang guru untuk anak-anak muridnya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...