Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, May 31, 2018

Sampai hati Harry

Selamat tinggal Harry.
Saya tgok Harry kaku pagi tadi.
Dia juga tinggalkan saya.
Apa lagi perlu saya kata?
Dah begini perancangan dari Tuhan.
Kehilangan demi kehilangan.
Rasa macam dah tak sanggup nak hadapi kehilangan seterusnya.
Sangat tak sanggup.

Wednesday, May 30, 2018

Apa pilihan yg saya ada?

Kawan2 datang ziarah
Mereka kata saya kuat.
Kuat ke?
Mereka nampak saya senyum
Nampak saya berinteraksi dgn mereka
Mungkin kekuatan seperti topeng
Saya pakai di muka.
Disebalik topeng, tak siapa tau apa saya rasa.

Kawan2 tengok pokok bunga saya basah.
Saya siram hari hari
Laman bersih, saya menyapu setiap pagi
Kucing, burung dan ikan tidak lapar.
Saya bagi makan ikut jadual biasa
Mereka kata saya tabah
Masih boleh bereskan rutin harian
Masih mampu aktif
Mereka tak tau sambil buat semua tu,
Saya telan tangisan yg menyumbat kerongkong
Cuba tahan air mata.
Kadang2 berjaya
Kadang2 teresak esak juga.

Kawan2 tanya saya
Macam mana saya hadapi dugaan ini?
Entah, tak reti nak jawap.
Redha itu mudah di sebut sebut.
Apa yg saya rasa, hanya yg pernah alaminya saja yg faham.
Saya sentiasa pesan pada hati
Sedih pilu kita hanya setakat kita.
Simpan dan pendam.
Dah tau tidak ada tempat nak ngadu, baik diam.
Kecuali bila bersimpuh di sejadah.
Menadah memohon ihsan belas kasihan
Merintih dalam diam
Di ribaan Mu Tuhan.

Tuesday, May 29, 2018

12 hari dah?

Hari selongkar kabinet fail.
Kumpul maklumat
Buru segala bil bil tertunggak
Check apa yg dah dibayar dan
Apa yg belum dibayar
Semak penyata kad kredit
Segala resip, invoice dan bil berkala dikaji
Mengasingkan sampah bertulis
Menyusun kembali nyawa di segenap keping kertas.
Yang masih bernafas perlu diambik tindakan
Yg dah mati perlu dilupuskan.
Banyak sungguh urusan hitam putih.
Tak sempat nak kongsi air mata dgn bantal.
Minda bekerja lebih masa.
Mujur bulan puasa, perut tak perlu di manja.
Lebih masa utk get organised.
Langkah ke depan biar pun tidak mudah.

Monday, May 28, 2018

11 hari tanpa dia

Sibukkan diri
Cari sibuk
Cipta sibuk
Walau tak leh keluar, byk benda boleh buat kat rumah.
Sibukkan diri
Cuci
Basuh
Lap
Kemas
Atur
Susun
Ubah
Alih
Heret
Tarik
Buat apa saja asal minda tak toleh ke belakang
Cuba untuk kuat demi anak2.
Pura pura kuat pun tak apa.
Janji nampak kuat.
Jadilah.

Sunday, May 27, 2018

Singgah melepas lelah hati di sini.

Dah 10 hari.
10 hari yg penuh emosi.
10 hari yg memenatkan minda
10 hari ini
Saya lupa masa dan waktu
Tau tau dah imsak
Tau tau dah berkumandang azan magrib
Tau tau dah 11 Ramadhan hari ni
10 hari yg lepas lepas ni,
Saya dikelilingi kasih sayang keluarga
Saya dilayan bak permaisuri
Hati saya cuba di ubati
Lelah saya pakat2 berbagi
Sepi tidak berani mendekati.
Tapi esuk dan hari hari seterusnya
Bila kehidupan mula kembali ke putaran biasa
Bagaimana saya nanti?
Mampu kah saya?
Boleh kah saya?
Larat kah saya?
Kuat kah saya?
Bila langit runtuh, bumi turut retak.

Tuhan, segala yang berlaku ini adalah dalam kuasa Mu.
Kuasa Mu lah juga yg akan menjadikan siapa pun aku nanti.
Kepada Mu ku berserah.
Aminnnnn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...