Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, October 31, 2018

Nak jugak.

Tak kira, nak jugak.
Orang kata dah tua purba x yah posing sakan.
Nak jugak posing.
Peduli apa orang nak kata.
Ni blog saya suka hati saya lah nk update pasal apa.
Kannn?
Saya posing saja saja
Suka suka
Tidak apalah walau wajah tidak muda belia
Badan dah ciri ciri waktu senja
Pakaian pun x lawa, x berjenama.
Tak apa...
Janji saya seronok.
Saya happy.
Posing pun dalam negeri saya
Dunia saya.
Camerawoman pun anak anak saja
Melayan kerenah mummy yg macam2 nih.
Maka terhasil lah foto2 ni
Nak tengok, sila lah tengok.
Tak sanggup tengok, pejam mata.
Jangan muntah cukup!




Wei la wei....
Tudung mummy senget kenapa tak cakap?
Sian mummy senyum bukan main lagi
Tau tau tudung senget benget..

Tuesday, October 30, 2018

Duk diam lagi baik

Kadang kadang nak diam
Malas cakap apa apa
Tak kuasa nak tegur siapa siapa
Nak membisu.
Tak mau balas komen wassup
Call x nak angkat
Tak reply segala jenis bicara
Bukan merajuk ke apa.
Bukan
Tapi kadang2 rasa tak perlu.
Tak perlu jaga perhubungan
Tak perlu kekal kemesraan
Diam dan perhati
Tunggu dan lihat
Kalau kita diperlukan, orang akan cari
Kalau kita berbekas di hati orang,
orang akan rasa kehilangan kita.
Orang akan ambik peduli
Orang akan ketuk pintu sepi kita,
Rindukan kita.
Tapi...
Kalau kita seperti sampah terbuang,
Hanyut ke laut tanpa disedari..
Tau lah kita siapa kita di hati orang.
Tak adil lah kalau hanya kita yg sayangkan perhubungan.
Kata orang, kalau kita sayang, kita lepaskan dia bebas.
Kalau milik kita, dia akan ada.
Kalau dia terbang jauh dan tinggalkan kita,
tak payah panggil dia kembali.
Biarkan..
Get lost!
I couldnt care less.
Kannnnn....?
Jgn salah tafsir pulak..
Tak semestinya hubungan istimewa ke, jiwang2 ke..
Maksud saya apa jenis hubungan pun.
Keluarga, kawan, jiran...
Kadang2 terasa macam hanya kita yg kekal berhubung.
Kalau kita cuba diam, akan terputuskah apa2 ikatan?

Monday, October 29, 2018

Tak berapa manis dah...

Dalam gigih nak turunkan bacaan paras gula dalam darah,
sekali sekala datang juga rasa putus asa.
Apa tidak nya, gigih buat exercise bagai,
makan pun bersukat.
Nikmat selera terbatas.
Sekali bila check, bacaan duk camtu jugak.
Frust nonggeng
Jam tu mula la rasa nak give up.
Go to hell with briskwalking
Nak hadap segala makanan yg terlintas dlm kepala
Dah tak larat nak teruskan dah.
Kalau perlu makan ubat bagi pesakit kencing manis pun takper.
Haduhhhh....
Cepatnya saya mengalah
Cepatnya saya putus harap.
Baru sebulan pun.
Doktor kata tunggu 3 bulan.
Baru adacperubahan.
Ya lah ya lah.....

Pagi tadi saya check paras gula saya.
YES....!
Yahoooooo.......!
Turun dah sikit.
Sikit pun jadi lah.
Just to give me the strenght to go on trying.
Lalalalalalalalalaaaaa.......
Happy giler.
Alhamdullilahhhhhh....
Syukur pada Mu Tuhan.

Sunday, October 28, 2018

Only God knows why.

Guess what?
I did what I shouldnt have done.
I told myself repeatly,
Stop it.
But I still do it.
I hate myself for doing that.
I do not hate u
I just dont want anything to do with you anymore
Enough is enough
I know who you really are.
For ten years Ive been watching your steps.
I should avoid you at any circumstances
But I dont.
I keep on trying to provoke you
And like an experiment, I wait for the outcomes.
Stupid!
Be careful Hani!
Stop doing that.
I warned myself many times.
I know the danger coming
But....
Me and my hard headed self.
Listen to no one, not even my own inner voice.
God,
I frankly honestly hope that You will help me.
Please never let me repeat the mistake again.
Back off.
Stay clear of this.
Please.

Saturday, October 27, 2018

Nak resipi?

Nak resipi malas ke resipi rajin?
Setiap kali anak menantu tanya resipi.
Ini soalan pertama saya.
Kalau nak resipi malas, saya share resipi malas.
Kalau nak resipi rajin boleh jugak.
Ada beza tau.
Banyak beza.
Rasa memang tak serupa
Masa penyediaan tak sama
Bahan pun berbeza.
Walau resipi utk juadah yg sama tapi memang ada dua cara untuk memasak.
Bercakap melalui pengalaman.
Orang lain saya x tau, ni pengalaman dan cara saya.
Kalau saya nak cepat saya masak sangat ringkas.
Janji masak dan tekak boleh telan.
Kalau saya memang merancang untuk masak awal2 lagi,
contohnya nak masak untuk tetamu ke,
Ada jamuan kecil kat rumah ke,
Gathering dgn teman ke.
Anak2, sedara sepupu sepapat berkumpul ke.
Saya akan masak dengan sehabis baik
Tapi kalau yg nak makan tu hanya saya sorang,
atau sorang dua jer, saya memang masak ringkas dan cepat.
Atau pun kalau tetamu dtg tanpa gitau awal2,
terpaksa la masak secara angin ribut..
Nak cepat kannnn....
Walau apa pun kata orang..
Masakan yg sedap adalah makanan yg di masak dgn ikhlas.
Masak dgn kasih sayang.
Tak kira la masak cara mana.
Kebersihan tu penting juga.
Wahai yg sentiasa wassup minta resipi...
Terima kasih kerana pilih untuk masak sendiri dari beli yg dah siap.
Kualiti terjamin.
Jimat.
InsyaAllah puas bila sedap.
Sedap, sah sedap.
Itu kelebihan masak sendiri.
Resipi cepat atau resipi penuh langkah teliti sama saja
Janji rakyat dalam negeri angkat ibu jari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...