Nak resipi malas ke resipi rajin?
Setiap kali anak menantu tanya resipi.
Ini soalan pertama saya.
Kalau nak resipi malas, saya share resipi malas.
Kalau nak resipi rajin boleh jugak.
Ada beza tau.
Banyak beza.
Rasa memang tak serupa
Masa penyediaan tak sama
Bahan pun berbeza.
Walau resipi utk juadah yg sama tapi memang ada dua cara untuk memasak.
Bercakap melalui pengalaman.
Orang lain saya x tau, ni pengalaman dan cara saya.
Kalau saya nak cepat saya masak sangat ringkas.
Janji masak dan tekak boleh telan.
Kalau saya memang merancang untuk masak awal2 lagi,
contohnya nak masak untuk tetamu ke,
Ada jamuan kecil kat rumah ke,
Gathering dgn teman ke.
Anak2, sedara sepupu sepapat berkumpul ke.
Saya akan masak dengan sehabis baik
Tapi kalau yg nak makan tu hanya saya sorang,
atau sorang dua jer, saya memang masak ringkas dan cepat.
Atau pun kalau tetamu dtg tanpa gitau awal2,
terpaksa la masak secara angin ribut..
Nak cepat kannnn....
Walau apa pun kata orang..
Masakan yg sedap adalah makanan yg di masak dgn ikhlas.
Masak dgn kasih sayang.
Tak kira la masak cara mana.
Kebersihan tu penting juga.
Wahai yg sentiasa wassup minta resipi...
Terima kasih kerana pilih untuk masak sendiri dari beli yg dah siap.
Kualiti terjamin.
Jimat.
InsyaAllah puas bila sedap.
Sedap, sah sedap.
Itu kelebihan masak sendiri.
Resipi cepat atau resipi penuh langkah teliti sama saja
Janji rakyat dalam negeri angkat ibu jari.
No comments:
Post a Comment