Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, June 30, 2019

Saya dah tua.

Hampir 60
Tua
Sangat tua kalau banding dgn yg remaja
Tapi masih rasa muda kalau banding dgn yg seabad usia.
Syukur sempat merasai jadi tua.
(Kalau mati muda tak merasa dah.)
Bila tua begini sakit2 urat tu biasa..
Hati tisu tu biasa..
Uban memenuhi kepala
Gigi tunggu masa nak tinggalkan gusi.
Kulit meriah kedut dan mata telinga kurang power.
Tapi seronok juga jadi tua...
Dah tak payah nak melaram apa,
Nak keluar pakai apa saja janji tutup aurat.
Tak perlu nak impress siapa2
Bebas..
Tak rimas dgn gangguan kaum adam.
Tak de sapa nak usik ganggu di jalanan dah.
Tak ada pandangan nakal dan siulan2 nak menarik perhatian dah.
Pergaulan dgn kawan2 lelaki pun lebih ikhlas.
Tak ada yg nak ambik kesempatan.
Persahabatan dari hati..
Terbaek gitu.
Masa lebih banyak untuk beribadat.
Tak terkejar kejar nak bukak telekung sbb anak nangis
Tak lagi baca yassin laju sbb makan malam belum masak.
Nak ngaji sekerat hari pun boleh, nak atau tak nak saja.
Bila rasa nak keluar dgn kawan2 boleh keluar.
Takyah pikir pasal anak2 kat rumah, semua dah besar2
Nak turun pagi balik petang pun ikut selera
Tak ada siapa bimbang, tak siapa nak culik dah.
Untung juga jadi tua.
Kalau kena tahan dek polis kerana lesen memandu tamat pun tak di saman nya.
Kita buat muka seposen, cepat2 cakap "alah nakk, makcik x perasan, lupaaa..."
Polis cuma pesan.." makcik, salah ni, cepat gi renew k..'
Siap pesan lagi supaya hati2 memandu, kalau slow ambik line kiri ya makcik.
(Kalau polis tau saya bawak kereta kl-kb 5-6 jam saja, pengsan polis kot)
Tu satu hal, yg lagi best bila tua ni dapat duit raya tau!
Macam kanak kanak gitu.
Anak2, anak2 sedara hulur duit....
Alololooo....cayang la you all nih!
Sebenarnya duit dah nombor 2, nombor satu ialah..
Walau kita dah tua, bila masih ada yg sayang kita, itu lah nikmat yg priceless.
Semoga esuk2 kasih sayang itu masih ada buat saya.
Kerana saya....
Semakin tua semakin nak disayangi dan dihargai.



Saturday, June 29, 2019

Jadual lena ku.

Kenapa lah masa tidur saya berubah teruk ni?
Kalau malam, masuk jer magrib, mata lah layu.
Ngantuk sangat sangat.
Tido tak tunggu isyak dah.
Tidur dulu 1 pusingan.
Solat isyak bila bangun nanti
Itu baru 1 masalah, satu lagi ni lagi dasyat.
Dah tido awal mula la bangun pun awal.
Kul 3 dah tersedar dan mata dah butang.
Solat isyak sekali tahjud, settle.
Problem nya selepas muka dah tersentuh air, berwudhuk,
Puas pejam semula tapi tak mau nya lena.
Jadi, dari paksa diri untuk tidor lagi baik saya buat kerja lain.
Saya mengemas rumah
Saya update blog
Saya tgok movie
Saya solat sunat, ngaji dan
ulangkaji pelajaran bahasa arab saya tu.
Orang lain sedap dibuai mimpi,
saya segar bugar mcm dah pagi.
Tu pasal la bila org lain bukak mata di pagi hari nanti,
rumah dah kemas terurus...
Sarapan dah terhidang.
Pakaian dah di ampaian.
Dan saya?
Time tu lah mata mula mengantuk semula.
Lepas siram pokok saya berlunjur depan tv
Tunggu dhuha dan tunggu untuk tidor.
Kul 10 pagi orang lain baru nak mula melangkah,
Bagi saya kul 10 mata baru rasa berat, mulut asyik menguap.
Tidur sekejap jadi lah, setengah jam gitu.
Tidur sekejap sebelum ke pasar atau keluar ke mana2.
Begitu la rutin tido saya akhir2 ni.
Pelik kan?
Tak serupa orang tapi tak jadi masaalah pun.
Saja jer nak cerita sebab sekarang kul 4 pagi dan
saya dah tak tau nak buat apa lagi....
Hai la mata....

Friday, June 28, 2019

Betul seperti jangkaan saya.

Nak jelaskan satu jer.
Saya ni kadang kadang menghubungi orang yg lama menyepi
hanya untuk satu tujuan..
Nak tau jer...
Nak pastikan jer...
Dia masih kenal saya ke tak.
Ke dah tak ingat saya?
Kalau respond yg saya dapat tu positive, saya happy.
Bila lama tak keep in touch, byk cerita nak dikongsi.
Berbaloi saya beri salam, salam berbalas kemesraan.
Suka duka di kongsi, hati terubat, seronoknya.
Rasa dihargai dan bersyukur mengenali dia dikehidupan ini.
Maka saya yakin, inilah yg dikatakan kesetiaan dalam persahabatan.
kami masih akrab seperti dulu, hanya masa yang memisahkan kita.

Tapi, bila saya cuba cuba beri salam dan salam tak berbalas.
Lambat respond...
Respond pun macam nak tak nak saja.
Faham lah saya...
Dia sudah tak ingat saya
Dia sudah lupa
Atau mungkin dlm kehidupan dia hari ni dia dah
tak perlukan saya.
Atau mungkin dia buat buat lupa saya kerana
selama ni pun dia hanya pura pura.
Persahabatan bagi dia hanya lah bila dia
ada kepentingan saja..
Agaknya lah, dia anggap saya ni kuman ke apa?
Perlu elakkan saya?
Tak perlu, jgn takut, saya tak kejar orang.
Persahabatan kena ikhlas, tidak ada paksaan.
Biarlah, saya sikit tak kecik hati pun.
Jelas dan nyata, saya perlu undur dan sedar diri saya siapa.
Seperti saya kata tadi lah, saya hanya nak test line.
Supaya saya tahu siapa yg perlu saya simpan dalam hati dan
siapa saya perlu lupakan.










Thursday, June 27, 2019

Anis

Senyap sunyi
Kul 3 pagi.
Terkebil kebil.
Layan hati.
Si bongsu saya dah keluar dari sarang.
Menangis nangis sbb dia x biasa jauh dari saya.
Sekolah asrama penuh pun di bucu pagar jer
Ni terpaksa berpisah negeri.
Alah, berpisah negeri jer pun, bukan negara.
Saya teringatkan dia bukan apa,
Sbb saya tau dia bukan jenis berdikari.
Dia tak serupa abang kakak dia
Dia pendiam, pemalu dan jenis sentiasa rasa rendah diri.
Risau pulak saya ni...
Macam mana lah dia nak bawak diri nanti
Tuhan jaga dia...
Tuhan tolong jaga dia.


Anis, be happy.
Ini kan pilihan Anis, cita cita Anis.
Bersyukurlah Anis dapat apa yg anis nak.
Belajar rajin rajin tau.
Anis sentiasa cemerlang dari kecik lagi.
Tak pernah dapat satu B pun, sentiasa straight A's, sentiasa terbaik.
Itu rezeki Anis tuh, u can do it!
Kalau papa ada mesti papa bangga sebab Anis ikut jejak papa,
jejak kaki ke Universiti Malaya..
Bukan senang tau nak layakkan diri ke situ.
Proud of you dear.
Dah, jgn nangis nangis...
Mummy ok jer di sini, jgn risaukan mummy pulak.
Miss u? Of course laaa...
Mummy ni miss semua anak menantu cucu mummy all the time.
Part of my life is missing someone...hehehehe
Anis nanti jaga diri, jaga kesihatan ya.
Jangan lalai solat, jgn lupa yassin dan rajin baca quran tuh.
You are not alone. God is watching.
Love you to the moon and back!

Wednesday, June 26, 2019

Doa buat yg singgah sini hari ni...

Terima kasih kerana bersama saya di blog yang usang ini
Terima kasih kerana tak jemu menguatkan semangat saya untuk terus menulis
Terima kasih kerana melayan cerita kehidupan saya yang biasa biasa..
Cerita dari hati sekadar berkongsi suka duka seorang perempuan bernama Hani.
Saya sayang kamu, kamu membuat saya rasa masih ada yg ambil peduli.
Maaf lah kalau saya pernah terkasar bahasa.
Saya tak sengaja tu, kelemahan saya.
Ikhlas dari hati saya doakan,
Semoga yg baik baik saja buat semua pembaca.
Semoga dirahmati...
Aminnnnnn....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...