Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, March 3, 2014

Kalau awak di tempat saya, awak x gelak

Okk aloh laaa....
Bakpo tak oyak dari tadi.
Sekali ingat bersalah sangat2 ..
Maaf yer dik, akak tak sengaja.

Ni ceritanya.
Hubby saya dua tiga hari ni duk marah2 pasal mat motor sorang ni.
Saya tak pernah jumpa pun budak tu, dgr cerita dari hubby saja.
Kata hubby, Mat Motor ni suka menipu.
Ptg2 dtg rumah mintak duit.
Sekejap anak sakit, sekejap bini sakit.
Ada jer alasan untuk pancing simpati.
Dah acap hubby saya bagi duit sbb malas nk layan.
Selagi tak hulur, selagi tu lh tercegat di pagar.
Berasap telinga saya dengar bila hubby cakap hari tu Mat Motor mintak lebih
Dia kata harga susu anak dah naik.
Kurang asam betul lah, yg ko bagi sudu formula tu knaper?
Puas saya pesan kat hubby supaya jgn layan lagi.
Mana tau niat buruk yg ada dlm hati dia.

Nak dijadikan cerita,
Semalam bila loceng pagar berbunyi, kebetulan hubby x ada.
Saya jenguk dan tgok Mamat tu tercegat di pagar.
Berkali kali dia tekan loceng sambil bagi salam.
" carik siapa?"
Saya buat2 tanya walau hati dah panas membara nih.
" Abg janji nak bagi duit hari ni"
Selamba dia jawap, berani menipu lak tu.
"Apa duit duit?...Apa janji janji?"
Wahh...Berani jugak saya sembur Mamat ni, berani2 takut sebenarnya.
"Nak duit kena kerja, malas kerja jgn berbini beranak...."
Dia pandang saya mcm cicak berak kapur, terkulat kulat.
" Abg suruh saya dtg ambil duit upah buat frame tingkap di rumah baru akak tu, Frame dah saya hantar tadi....."
Halamak!
Adus.....! Silap mangsa ni.
Si Mamat ni saya tabik la...
Cool jer dia walau saya macam nak makan orang menyinga tadi.
"Cori lah dik, akak silap orang tadi..."
Sengih x malu saya tu tawar ngalahkan biskut tawar .
Lebih rasa bersalah bila budak tu diam jer, tak pulak kata dia faham ke, dia tak kesah ke...
Dalam kepala dia mesti dia anggap saya ni garang betul.
Entah2 esuk dia letak papan tanda ' Beware of angry housewife' kat depan pagar rumah saya.
Apa apa lh dik, memang akak salah pun.
Wahai Encik Hubby, kalau Tukang frame ni tiba2 x nak buat frame lagi,
Jangan salahkan dia...
Dan jangan sekali kali suruh saya saja buat frame pintu ke, jendela ke..
Itu anianya namanya.
Ampun tuanku, patek tak buat lgi gitu.
( Sedaplh kawan2 gelak bila saya cerita, kalau awak di tempat saya tau lh mcm mana rasanya ....)

5 comments:

shaliza said...

:-) kalau saya pun macam tu jugak...nak2 zaman sekarang ni macam2 hal boleh berlaku.

cheqna said...

salam singgah
err..cheqna akui cheqna gelak bila baca kisah ni..tapi bila ingatkan mat motor tu sakit hati la plak...

Ibu n Abah said...

Kikikikiki
Tak pasal2 mamat tu kena marah...
Patut dia pakai t shirt tulis
Saya tukang tingkap....
Mcm nak sama kes saya ingat apek mana laaa dok cari suami...
Siap tanya " lu apa mau?"
Rupanya mamat tu kawan sekolah suami dan org melayu yg berwajah mcm cina.....

che mid said...

hi hi hi
nasib baik orang tu kat luar je..kalau depan mata mau hinggap sebijik!

ieda said...

alhamdulillah org tu jenis cool...hahaha....sy mmg gelaklah baca entry ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...