Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, May 10, 2014

Mummy rasa nak nanges jer lah.

Ja bangun.
Sempena Hari Ibu ini Ja hadiahkan mummy..
Pandangan yg bererti bukan pandangan kosong yg menikam hati.
Hadiahkan mummy senyuman dan suara.
Hadiahkan mummy ketenangan jiwa.
Selalunya,
Ja berebut rebut dgn siblings Ja untuk bagi ucapan yg pertama.
Maka seawal 12 mlm mummy dah terima ucapan itu,
beserta I luv U dan gelak2 manja.
Jambangan bunga turut hadir di ribaan,
Raikan dgn makan makan, ketawa ketawa,
Terdengar dengar suara mu anak
Terbayang bayang mimik muka pura2 tidak penat.
Demi mummy Ja buat apa saja asal mummy bahagia.
Ja,
Tahun ni dan tahun2 seterusnya,
Kekosongan itu amat dirasakan.
Hadiah sepasang batek sutera dari Ja masih dlm simpanan.
Masih berbalut, masih suam kerana sentiasa dipeluk.
Ja, selepas 10 hari Ja hulurkan sutera yg cantik itu, Ja hadiahkan mummy tangisan.
Perlukah begitu anak?
Runtun hati mummy bila musim ' Hari Ibu' datang lagi.
Masih terlalu baru saat bahagia bersama mu dirakam didalam minda
Terlalu sekejap.
Ja, semenjak bahagia bersama mu disentap tanpa rela,
Mummy sudah tidak perlukan apa apa.
Tidak ada apa yg mampu membuat mummy bahagia.
Ja bangun lah.
Ucapkan selamat hari ibu buat ku..
Sebutlah yg Ja sayangkan mummy
Katakan lah mummy tidak akan Ja tinggalkn kesaorangan
Lihatlah kedalam redup mata ku ini dan sebutlah...
MUMMY
Hadiahkanlah sepatah panggilan
Hanya itu yg mummy harapkan dan mummy dambakan
Di hari ibu tahun ini,
Mummy menelan tangisan.
Ja....Ja....Ja
Allah hu Akhbar......
Hanya Tuhan yg tahu rasa hati  ibu ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...