Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, May 18, 2014

Tak tergoda dah

Beza orang tua dgn orang muda...
Waktu saya muda2 dulu,
Kalau pergi shopping complex,
Semua benda nak,
tapi poket kempis...
La ni dah tua macam ni,
Duit tak ada masaalah,
tapi tak ada benda nak di beli dah..
Tak terliur dah...
Pinggan mangkuk, perhiasan rumah dah
Langsir, cadar, alas meja
Baju hbag...
Rasa2 semua benda dah ada.
Tak perlu beli lagi.
Tak tergoda langsung!
Kalau tawaf supermarket yg di bawa balik hanya lelah.
Penat saja yg di beli.
Itu lah, bila sedar diri dah tua ni,
Malas nak shopping nyopping.
mak saya pernah kata,
"Yang kita minat di masa muda tak semestinya kita minat sampai ke tua...."
Mak, yg mak cakap tu applies to humans ke objects?
Owhhh....objects only yer.
Padan laaaaa.......

3 comments:

DYatie said...

Hehe. Agak nya betul lah kan. Sy sllu blik dgn rs terkilan sbb tak mampu beli. Sobs.

Anonymous said...

dah rasa. saya belum tua sangat tapi bila anak kecik tanya nak apa untuk harilahir, takde apa nak.
comel, akhir kata, yang human, muga kekal diminati.

Noraini @Nanie said...

Salam Hani,

Betul tu, akak pun dah gitu sejak menjak beberapa tahun kebelakangan ni.

Rasanya langsir akak pun dah 5 tahun tak bertukar. Tahun ni anak kata tukarlah, dah boring tengok rumah mama. Huishhh..tengok langsir akak boleh boring? Amboi anak2 ni.

Tunggu ajalah mereka tua nanti baru tahu perasaan orang tua yang dah tak mahu apa2 lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...