Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, June 12, 2015

sakit nya tuh di sini

Mengemas barang dia
Masukkan dalam kotak
Seal
Nak dispose later on
Sementara tu letak di sudut paling jauh
Paling belakang
Paling corot.
Biar terlndung dari pandangan mata ini
Hilang dari mata dengan harapan lenyap dari hati.
Bukan baju dia
Bukan buku2 dia
Bukan barang peribadi dia
Tapi
Dalam kotak itu ada mimpi saya
Harapan saya
Kebahagiaan saya
Masa depan saya
Dan
Ada rindu saya yg cuba saya rantai di situ
Sayang sekali,
Walau saya cuba berpaling ke arah lain,
Kenangan lalu mengejar seperti bayang,
Lebih ganas dari bayang kerana di waktu kelam malam
Bayang tidak kelihatan
Tapi kenangan bersama dia hadir dlm pekat kegelapan.
Setelah lampu dimatikan,
Tabir malam dilabuhkan
Saya dihimpit bayangan masa silam
Perkara yg saya ingin lupakan itulah yg sentiasa saya ingat

Anak, walau pun aku masih ada kamu
Tapi
Rindu itu telah mula berkumpul dan membiak.
Apa lagi yang mampu aku lakukan?
Apa?

2 comments:

Anonymous said...

maseh mampu ucapkan dan sampaikan segala padanya yang maseh boleh mendengar.

yang said...

Masih mendengar atau tidak kita tak tahu. Hanya dia dan Tuhan sahaja yang maha mengetahui.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...