Ramadhan datang lagi.
Ramadhan ke3 kali nya kita begini.
Begini lah kamu
Masih terlantar begini
Masih diam sepi begini
Masih tidak bertanya apa yg mummy masak untuk berbuka
Masih tidak berbuka bersama keluarga di meja itu
Kamu masih begini...
3 kali Ramadhan kamu masih diam begini
Kamu tidak lagi singgah ke gerai dan beli ikan keli percik, konon nya sebab mummy suka.
Kamu tidak sibuk buka tin fruit cocktail untuk dicampur dgn susu.
Kamu juga tidak lagi kalut tidurkan anak supaya tidak ganggu kamu berbuka.
Kamu tidak lagi bising begini begitu
Kamu hanya diam anak ku
Aku kehilangan suara mu
Dan hati ku pun sudah semakin beku
Ramadhan bagi kita bagai hilang warna
2 comments:
kenangan. mengusik jiwa. namun itulah harta. warnai dengan melihat si kecil, permata hati, bayangan ibunya yang pasti menghiburkan kerana belum tahu kesengsaraan.
Hugs to you!!
Post a Comment