Saya upah 2 orang pembantu untuk kemas guest house saya.
Kira nak buat pembersihan tahunan.
In and out.
Sorang tu orang indon, sorang lagi warga tempatan.
Si minah indon ni laju jer buat kerja.
Si minah kampung ni macam siput, jalan pun melenggang gaya jalan2 di taman bunga gitu.
Si indon ni minum setenguk, sambung kerja.makan sambil buat kerja.
Si minah kampung ni makan minum di meja sambil mengadap tv dan komen2 artis lagi.
Hai la hati..berasap dah saya ni.
Nampak gaya tak adil sgt la saya ni
Upah sama banyak, kerja tak sama byk.
Suruh lap grill pintu, dia ambik masa berjam jam..
Suruh yg sorang lagi lap grill tingkap, dgn tingkap sekali di lap bersih, kering dan tak leh nak komen apa dah.
Wei sakit hati saya ni weii...
Kesian kat Si indon tu jugak.
Tak reti dah saya nak kata apa.
So at last, at the end of the day,
Saya panggil dua2 sekali, bagi upah seperti yang di janjikan.
Tapi depan2 Si kurang rajin tu saya bagi wang tambahan sebagai sagu hati kepada Si rajin.
Saya siap beritau dia yg saya berterima kasih kerana dia rajin dan ikhlas bekerja.
Yang sorang lagi tu diam membisu, saya pun malas nak cakap apa.
Orang malas tak murah rezeki.
Kalau perlu pembantu di lain kali, saya tak nak dia dah.
Biar dia muhasabah diri...
The moral of the story...
Orang malaysia ni suka manjakan diri sebab tak pernah hidup sepayah orang negara lain.
Tu pasal la ramai yg susah sedangkan peluang cari duit lebih ada di mana mana.
2 comments:
Mungkin tak semua orang tempatan begitu.
Maid saya orang tempatan, part time maid (seminggu sekali) pun orang tempatan. kedua duanya okay.
Saya Tak nak ringgit kita mengalir ke luar.
itu lah realiti yg berlaku... orang tempatan rasa dah cukup selesa..
Post a Comment