Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, January 13, 2017

Bila dia mula bertanya

Kenapa mummy sakit?
Mata nya tepat memandang kedalam mata ku
Menanti jawapan
Soalan dia itu menikam jantung ku.
Menjadikan lidah kelu.
Masa memaksa aku segera cari jawapan.
Kenapa mummy sakit?
Kenapa grandmummy tak bagi ubat kat mummy?
Allah hu.
Allah hu Akhbar cucu ku.
Rupanya dia sudah besar.
Sudah maukan jawapan
Sudah maukan penjelasan.
Tapi dia belum cukup matang untuk hadam apa jua jalan cerita.
Kebenaran akan tambah membingungkan dia
Dia hanya mau tau
Mau jawapan mudah.
Sayang sekali aku tidak punya jawapan ringkas.
Tidak ada patah kata yg boleh menyembunyikan duka itu
Kenapa mummy sakit?
Tanya dia lagi....

Cucu,
Tuhan pilih mummy kamu untuk direhatkan.
Untuk di bersihkan segala dosa
Untuk digandakan pahala
Untuk persediaan menghuni syurga
Sakit atau sihat
Mummy kamu sangat sayangkan kamu
Kamu membesarlah sebagai anak yg baik
Sentiasa doakan yg terbaik buat mummy kamu
Semoga Tuhan permudahkan urusan dia
Nanti mummy kamu tunggu kamu di pintu syurga
Membayar hutang peluk cium buat kamu berdua
Kongsi kasih sayang yg terkumpul buat kamu,
 yg terhimpun sekian lama didalam dada dia.
Kamu jadilah anak yg soleh dan tidak derhaka
Rindu kamu akan terubat nanti,
Kalau tidak di dunia, di akhirat rindu terlerai jua

Seharusnya itu penjelasan ku.
Tapi bila ku pegang bahu cucu,
Ku peluk erat seakan mewakili pelukan mummy nya.
Ku usap kepala anak yg tak tau apa apa.
Dan aku beritau dia...
Iyaad, mummy penat kerja, penat sangat2.
Biarlah mummy iyaad tidor,
Kita jangan ganggu dia ok.

Iyaad faham
Iyaad melepaskan pelukan saya
Dia sapu lengan mummy perlahan.
" Mummy, good night...mummy tidor lah"

Esuk2 dia akan bertanya lagi, dan lagi ,dan lagi...
Cepatlah dewasa Iyaad kerana bila kamu sudah boleh memahami kehidupan,
Grandmummy akan kongsi resah yg sudah lama di pendam.

4 comments:

Nik said...

So sad...😂

mokja said...

tersentuh hati .

IBU AZFAR said...

😭

cinta said...

Kami doakan semoga Allah takdirkan yg terbaik utk Ja, ank2nya n seisi keluarga. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke ats granny hani dan seisi keluarga. Insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...