Sepanjang jalan ada saja payung dan meja penuh pelbagai jenis nasi bungkus.
Nasi air dingin Husna dan yg sewaktu dgn nya
Nasi kakcik
Nasi ZNB
Nasi kakwok
Macam macam.
Nak makan mudah sgt, berhentikan kereta tepi jalan,
Turunkan cermin, tanya...
"Nasik air dingin husna ada?"
"Nasi kapit sambal ada?"
"Nasi tupe ada.?"
Penjual hulur melalui tingkap, tak payah turun dari kereta, tak payah bersusah payah berjalan dan berdiri dan cairkan lemak di badan.
Bayar saja.
Terus pandu pulang ke rumah.
Senang kan?
Balik buka bungkusan nasi..
Sedap ke tidak telan jer lah, jgn komplen.
Mulut mudah nak komplen tapi tau tak bukan senang nak jual nasi begitu.
Kul 12 masak
Kul 3 pagi dah mula proses membungkus.
Sebelum subuh dah mula hantar ke tempat sepatutnya.
Yang si penjual kat tepi jalan tu pulak, lepas jer subuh dah kena siapkan tempat.
Duduk di tepi jalan berhabuk,kalau hujan tempias nya membasahi badan.
Tunggu..
Duduk bangun, tak sempat duduk dah kena bangun lagi.
Kena cepat kalau tak kena marah..
Senyum tak boleh mencuka.
Ragam pembeli di telan begitu saja.
Dia jual nasi bungkus tapi perut dia belum berisi nasi pun.
Sabar jer la...
So the moral of my story is....
Kalau nak sedap, masak sendiri...
Entah2 yg masak sendiri tu tak sesedap yg beli baru padan muka.
Komplen lagi.
Esuk2 saya taknak beli untuk kamu, kamu beli sendiri lah!
Haaaa....now you know why I am mad.
2 comments:
Saya pun allergic dengan orang yg kuat komplen, semua tak kena. Yg kena hanya dia..alahai.
Tak semua benda kita pandai masak dan kadangkala sibuk sangat tak sempat masa k sendiri. Mana yang tak kena kat tekak tu anggap la kita bersedekah. Mudah-mudahan rezeki kita pon akan bertambah-tambah lagi.😊
Post a Comment