Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, July 3, 2020

Berubah

Masa merubah segalanya.
Merubah dia bukan merubah saya.
Saya masih anggap dia seorang kawan.
Bukan sekejap kenal dia.
Dari zaman budak2 hingga ke tua.

Dulu dia rapat dengan saya
Sekarang dia dah menjauh.

Dulu dia cantik dan bergaya
Sekarang dia dah berusia
dan dah lagi ikut perkembangan fesyen.

Dulu dia ceria, hilai tawa nya menghiburkan
Sekarang dia pendiam, senyum pun jarang jarang

Dulu kehidupan dia sangat saya kagumi.
Kalau boleh nak jadi dia
Kerana saya rasa nasib saya tak sebaik dia.
Sekarang saya bersyukur saya bukan ditempat dia
Syukur dgn kehidupan saya yg biasa biasa.
Bersimpati dengan jalan hidup dia
Pahit getir di hujung usia.

Bertabah lah kawan ku
Aku masih berdiri di belakang mu.
Masih mampu mengangkat mu jika kau jatuh
Masih boleh menghulurkan bahu buat kau rebahkan duka mu
Aku ini sentiasa tidak lupa
Ingat kamu sampai akhir nyawa.
Cuma kamu yg sentiasa berselindung
Entah kenapa tidak aku tau.
Kau saja lah yg ada jawapan nya.

1 comment:

Syazni Rahim said...

semoga urusan sahabat itu dipermudahkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...