Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, July 17, 2020

Wassup group

Semua orang pun ada wassup group.
Mungkin lebih dari 2 group, mungkin banyak.
Group kawan zaman sekolah, group ahli keluarga, group kelas di masjid dan macam macam lah.
Saya ni kadang kadang seronok layan sembang di group.
Kadang kadang malas nak menambah perisa, cukup baca dalam diam saja.
Ada ketikanya menyampah juga kalau ahli asyik bertekak saja.
Terutama kalau ada yg bangkitkan isu politik atau agama.
Isu2 sensitif patut letak tepi lah, tak yah duk panaskan suasana group.
Bagi saya lah, group wassup ni untuk usir bosan saja.
Bila masuk group, boleh bertanya khabar dan keep up dgn perkembangan terkini ahlinya.
Boleh tau siapa sakit, siapa nak kenduri, siapa dapat cucu dan sebagainya.
Cukuplah cerita2 berkisar dgn ahli group..sedih kita tumpang menangis, lucu kita pakat gelak..
Kalau rasa tak seronok, buat apa terus berada di group, keluar saja.
Tak ada siapa paksa kita join dan tak siapa larang kita nak undur.
Setakat ni, saya masih selesa dalam group2 yg saya join tu.
Ya lah, macam saya kata tadi lah, bila perlu kita menyapa, kalau tak perlu kita baca saja.
Yang saya heran nya....
Ada juga orang yg masuk group tapi tak pernah bersuara.
Diam dan kaku ..
Dia baca tak? Dia tak rasa nak berinteraksi ke?
Dah tu kenapa join kalau tak nak campur?
Pelik larrrr.....!
Group yg paling best ialah group yg menghiburkan, santai dan biasa2.
Group yg tak ada pakar2, tak ada boss2 dan tak ada hakim yg menjatuhkan hukuman
Satu kepala atau sekapal ..belayar bersama dan karam pun bersama.
Ada kan?
Ada.
Kalau awak bertuah, awak salah seorang ahli nya.
Cuba check balik group wassup yg awak dah join.
Ada kann....

3 comments:

A m m i said...

memang banyak group whatsapp. Group sekolah anak je ada 5.

Unknown said...

saya tak suka join group wasap.
setakat ni ada group keluarga je. tu pun bukan hari2 berwasap. Seminggu 2,3 kali. kalau ada cerita best.

Dulu ada la jugak group wasap blogger, group taman, group delivery.. sekarang semua saya dah keluar..Lega..

hahaha

Syazni Rahim said...

Group wasap sangat2 banyak, kadangkala stress jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...