Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, September 29, 2020

Mata buat hal.

 


Bila ngantuk tak kena masa ni satu masaalah juga.

Punah jadual tidor sejak kebelakangan ni

Tak tau kenapa jadi saya salahkan usia saja lah.

Mata ni buat hal sungguh.

Lepas asar jer mula mengantuk, walhal tu masa paling tak bagus untuk tidor.

Tengok jam dah kul 6, mata berat sungguh.

Niat nak lelap sekejap sahaja, letak kepala di bantal, terus padam...

Sedar2 dah kul 7

7 apa ni..7 pagi ke 7 petang?

Mulalah gelabah tak pasal2, mcm hilang arah pulak.

Puas pikir ni baru nak pagi ke dah senja..konpius wei.. mamai.

Ada ke patut terpikir dah solat subuh ke belum ni, macam dah nak cerah tanah..

Macam orang tak betul, puas fikir pagi ke petang, pagi ke petang...

Lama jugak la nak pulihkan ingatan dan beritau diri sendiri..relax Hani relax..tarik nafasss,hembuss.

Kan dah mendapat, tu pasal la org dulu2 larang tido waktu nak senja.

Bukan sekali wei, acap macam ni..

Kalau orang tengok memang boleh jadi joke of the day.

Agaknya saya sorang ke alami peristiwa begini?

Pernah terbaca satu artikal luar negara.

Seorang pengkaji alam mistik bercerita pasal 'twilight zone'.

Waktu twilight zone ni kita di alam lain, hilang dari alam nyata sekejap dan di pulangkan semula seperti mimpi.

Kerja setan iblis tuh.....Serius takut weh!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...