Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, September 30, 2020

Tempat mengadu

 Akhir akhir ni acap hinggap di telinga saya cerita pelik2.

Cerita pasal hubungan sesama manusia yang tak menjadi 

Cerita suami isteri yg makan hati

Adik beradik yang bercakaran.

Mertua menantu yang naik hantu

Perang antara jiran.

Bagi kita yg tadah telinga ni, semua nampak macam ada jalan penyelesaian.

Seperti masaalah tu tak tersimpul pun, boleh di leraikan lagi.

Benda mudah saja.

Sebab nya kita hanya mendengar bukan merasai.

Senang la kita nak post mortem cerita mereka.

Kalau setakat nak ulas dan letak silap di bahu siapa semua orang boleh buat.

Tadi saya menangkap satu cerita yg menarik walau pelik.

Cerita tentang hati yg tak mungkin akan ada penamat yg membahagiakan.

Saya tanya kenapa perlu teruskan bila tau tak ada masa depan.

Kenapa tak noktahkan sekarang sebelum lebih banyak pedih mencakar hati nanti..

Jawapan dia cukup buat saya terganga.

Kata dia..

" Tak tahu nak putuskan macam mana sebab hati masih nak teruskan"

Senang bagi kita cakap alah, stop jer. Get a new life people!

Hati.

Tu penyebab jadi payah nak buat keputusan.

Sekepal anggota dalam badan yg menguasai seluruh jiwa raga.

Soal hati memang merumitkan.

Jadi..panjang2 saya cerita ni saja nak cakap.

KALAU DENGAR MASAALAH ORANG JANGAN CEPAT NAK MENILAI, MENGHUKUM ..

DENGAR SAJA.HULUR BAHU UNTUK MEREKA REBAHKAN DUKA CUKUP LAH.

BERSIMPATI DAN MEMAHAMI.

CUKUP LAH BEGITU.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...