Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, July 26, 2023

Senyum

Senyum
Walau hati menjeruk rasa
Senyum
Walau tangisan membanjiri mata
Senyum walau banyak sebab untuk menangis
Senyum
Cuba bahagia seadanya.

 Betul lah kata orang..

Jika kita rasa kita tidak bernasib baik dan sentiasa diuji dgn ujian yg hampir tidak sanggup kita hadap, kita kena ingat satu jer....

Susah kita, ada lagi orang yg lebih susah..

Payah kita, ada lagi orang yg lebih payah..

Mata yg merenung langit lama2 akan silau dan pedih..

Renunglah rumput di bumi yang hijau dan menyejukkan mata.

Footnote: Hari ni otak tak masuk air oleh kerana itu saya menulis/berfikir dgn lebih positif. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...