Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, June 17, 2024

Menjelang AidilAdha

Semua rakyat jelata yg duk jauh tak balik raya.
Hmm...seperti tak raya lah.
Mummy masak juga sikit.
Nak ambil 'feel' raya.
Tak apalah, kita beraya dgn rakyat yg dah sedia ada dalam rumah ni jer.
Sebelum subuh mummy dah kedapur.
Masak rendang dan nasi impit.
Masak spaggeti dan kuah buttermilk
Masak puding caramel
Rebus potatoes nak buat shepards pie
Masak sikit simple2 saja.
Nanti daging kurban siap di proses mummy akan masak sikit untuk lunch.
Tu saja menu hari ni.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA BUAT SEMUA UMAT ISLAM.

 

Sunday, June 16, 2024

Hari Arafah

 Hari di mana doa2 di angkat. Hari di mana segala pinta dilangitkan..

Doaku masih doa yang itu itu jugak. Msaih pinta yg itu itu jugak.

Allah hu Akhbar..Hanya Tuhan yang tahu apa yg terbaik buatku..Terserah pada Mu Tuhan.


Tuesday, June 11, 2024

Yang garden

 Singgah di nursery milik kawan lama saya Mdm Yang. Wahhh...sarat pokok2 yg dia bela dan jual. Lama saya x singgah, lain sungguh.

Singgah tu nak beli sabut utk pokok brom saya jer. Borak punya borak, saya cerita la yg saya sedang kumpul Airplant..tanya dia kot ada anak pokok yg murah2...

Saya beli lah yg rm10 sejambak tu..Mdm Yang ajak saya tgok koleksi dia yg harga puluh2, ratus2..Besar2 dan memang cantik..

Sebelum saya balik dia hulurkan saya sepohon Airplant yg besar gedabak! Eh, x mampu saya nak beli..mesti mahal ni...FREE katanya! Hadiah dari seorang kawan lama kepada seorang kawan lama.

Tq Mdm Yang. Suka sgt saya ni. May we stay friends forever.






Monday, June 10, 2024

Sama minat

 Kami suka menterjemah rasa dlm bentuk puisi.

Kenal melalui puisi. Sejiwa gitu.






Brom/Airplant

Kawan baru
Asbab pokok brom lah yg menemui kami.
Dari berkenalan di group peminat Brom, terus berpanjangan hingga  ke kediaman.
Terima kasih Cgu Nah.
Cantiknya pokok2 brom di laman cguNah.
Saya ni baru nak cuba2 bela brom jugak. 
Ni brom dari rumah cguNah
Ni yg dah lama saya miliki tapi dulu tak minat jadi tak hargai lah.
Duk terpuruk di tepi tangga
Kiranya ni hobby terkini saya la ni
Mengumpul pokok brom
Tapi taknak kumpul byk sgt, takut jadi semak pulak.
Cukup lah yg ada . Lagipun harga brom ni boleh tahan mahal nya. Tak mampu la saya nak buat collection, cukup ada beberapa pohon dulu.
Begitulah hidup ini. Lepas satu , satu dtg minat. Saya kenal diri saya. Minat hanya sekejap. Pastu jumpa tajuk baru pulak. Tengok la nanti..Keep my word.Selain brom saya juga gigih kumpul pokok airplant. Pokok2 airplant kalau yg besar ratus2 sepohon. Jadi saya mula dgn yg kecik2 dulu.



Cantik tak?

Saturday, June 8, 2024

Go! Just go.


 

Picnic

Hari Jumaat
Mak2 sedara gi picnic dgn anak sedara di Sek Sains Faris Petra.
Waktu bertemu keluarga hanya hari Jumaat selepas solat Jumaat.
Mak sedara bawak mcm2
Aunty Anis masak makanan kegemaran Immad
Anik keluar beli jajan dan minuman.
Harap2 Imaad kenyang dan seronok berkelah dgn mereka.
Nenek takleh ikut sbb Jumaat nurse yg jaga mommy Imaad cuti.
Enjoy yourselves dear anak cucu.



Imaad/Abang....

Abang bertuah tau tak? Semua orang sayang abang. Walau mommy sakit takleh nak berikan kasih sayang dia pada abang, kasih sayang mommy mengalir melalui kami..Kami bagi pihak mommy nak abang belajar rajin2, jadi insan berguna, berkat dunia akhirat. Saaaaaayang Abang ketat2.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...