Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, May 18, 2014

Tak tergoda dah

Beza orang tua dgn orang muda...
Waktu saya muda2 dulu,
Kalau pergi shopping complex,
Semua benda nak,
tapi poket kempis...
La ni dah tua macam ni,
Duit tak ada masaalah,
tapi tak ada benda nak di beli dah..
Tak terliur dah...
Pinggan mangkuk, perhiasan rumah dah
Langsir, cadar, alas meja
Baju hbag...
Rasa2 semua benda dah ada.
Tak perlu beli lagi.
Tak tergoda langsung!
Kalau tawaf supermarket yg di bawa balik hanya lelah.
Penat saja yg di beli.
Itu lah, bila sedar diri dah tua ni,
Malas nak shopping nyopping.
mak saya pernah kata,
"Yang kita minat di masa muda tak semestinya kita minat sampai ke tua...."
Mak, yg mak cakap tu applies to humans ke objects?
Owhhh....objects only yer.
Padan laaaaa.......

Friday, May 16, 2014

Semoga dia tak lupakan saya

Saya bukan doktor, tapi luka di lutut dia, saya lh orang yg merawatnya.
Saya bukan Tok Hakim, tapi bila dia kelahi dgn kawan nya, saya yg meleraikan nya.
Saya bukan polis, tapi kalau dia buat salah saya denda dia.
Saya bukan mak bapak dia, tapi saya sayangi dia dan sentiasa mendoakan kejayaan dia.
Saya bimbing dia, ajar dia, didik dia,..
Saya bukan siapa2....
Saya hanya seorang guru biasa.

Wednesday, May 14, 2014

Iffah melangkah ke depan..

Tuhan sentiasa permudahkan,
Itu harapan saya,
Walau agak frust sebab Iffah gagal ke Institiusi perguruan,
hati tetap redha ketentuan Tuhan rezeki Iffah di bidang perundangan.
Dia di terima masuk ke UIA bidang undang2, syukur Alhamdullilah,
Sebenarnya saya tak kisah kemana hala tuju Iffah dlm mengejar cita2,
Dia nak jadi lawyer ke, go ahead laa, janji dia belajar rajin2
Cuma memandangkn saya payah nak urus hal dia sekarang ni, saya lebih suka dia belajar di sini saja, kalau boleh nak suruh berulang alik dari rumah...
Tu pasal lh saya prefer masuk maktab perguruan.
Maktab hanya walking distance dari rumah saya.
Senang kan?
Tapi saya hanya merancang, Tuhan yg menentukan.
May be she belongs there, UIA is waiting for her.
(Loyar buruk ni dah nk jadi lawyer bertauliah yer)
Well, what else can I say, be it!
Hari ni, petang ni walau saya teramat penat kerana baru pulang dari sekolah, saya gagahi juga menemankn dia di sini,bereskn medical checkup,
Perut berkeroncong kerana balik dari sekolah tadi hanya untuk sent Anis home dan fetch Iffah.
Tak sempat makan pun.
Kakak kat rumah mujur ada yg tolong tengokkan.
Bila siap urusan Iffah ni saya akan bersegera balik untuk urus kakak pulak.
Apa pun saya hanya mendoakan yg terbaik buat anak saya ni.
Saya penat x apa,
Saya hanya nak segala urusan beres.
Iffah, promise that you will do your best.
As for mummy, I believed that...
INNA MAAL USRI YUSRA
WAINNA MAAL USRI YUSRA..

DALAM SUSAH ADA SENANG,
DALAM SUSAH ADA SENANG.
Itu janji Tuhan.


langit bocor

Hujan lebat.
Bocor
Tiris
Tak, bukan atap yg bocor
Bukan bumbung yg tiris.
Batu jemala patek ni tuanku.
Dari tadi sel2 otak over aktif,
Sekarang dah kul 3 pagi,
Di luar masih hujan.
Hati turut banjir.
Uishhhh...dah, jgn di fikir2 lagi.
Yang lepas tu lepas lh.
Yang penting nya esuk.
Camna nak gi ngajar kalau jam ni terkebil kebil lagi ni?
Tidur lh mata, jgn mengenang orang yg jauh.
Tak kenang punnnn......

Saturday, May 10, 2014

Mummy rasa nak nanges jer lah.

Ja bangun.
Sempena Hari Ibu ini Ja hadiahkan mummy..
Pandangan yg bererti bukan pandangan kosong yg menikam hati.
Hadiahkan mummy senyuman dan suara.
Hadiahkan mummy ketenangan jiwa.
Selalunya,
Ja berebut rebut dgn siblings Ja untuk bagi ucapan yg pertama.
Maka seawal 12 mlm mummy dah terima ucapan itu,
beserta I luv U dan gelak2 manja.
Jambangan bunga turut hadir di ribaan,
Raikan dgn makan makan, ketawa ketawa,
Terdengar dengar suara mu anak
Terbayang bayang mimik muka pura2 tidak penat.
Demi mummy Ja buat apa saja asal mummy bahagia.
Ja,
Tahun ni dan tahun2 seterusnya,
Kekosongan itu amat dirasakan.
Hadiah sepasang batek sutera dari Ja masih dlm simpanan.
Masih berbalut, masih suam kerana sentiasa dipeluk.
Ja, selepas 10 hari Ja hulurkan sutera yg cantik itu, Ja hadiahkan mummy tangisan.
Perlukah begitu anak?
Runtun hati mummy bila musim ' Hari Ibu' datang lagi.
Masih terlalu baru saat bahagia bersama mu dirakam didalam minda
Terlalu sekejap.
Ja, semenjak bahagia bersama mu disentap tanpa rela,
Mummy sudah tidak perlukan apa apa.
Tidak ada apa yg mampu membuat mummy bahagia.
Ja bangun lah.
Ucapkan selamat hari ibu buat ku..
Sebutlah yg Ja sayangkan mummy
Katakan lah mummy tidak akan Ja tinggalkn kesaorangan
Lihatlah kedalam redup mata ku ini dan sebutlah...
MUMMY
Hadiahkanlah sepatah panggilan
Hanya itu yg mummy harapkan dan mummy dambakan
Di hari ibu tahun ini,
Mummy menelan tangisan.
Ja....Ja....Ja
Allah hu Akhbar......
Hanya Tuhan yg tahu rasa hati  ibu ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...