Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 31, 2010

Bila otak dah tido...


Baru saya tahu.
Kalau ngantuk kena tido.
Kalau tak tido, cakap jadi merapu.
Tadi ada kawan sapa saya kat YM.
Dia kata..
" Budak X tu didapati termengandung''.
Saya kata..
"Budak X tu laki ke perempuan??".
Ada ke saya boleh tanya soalan sebodoh itu..
Pecah perut kawan saya ketawakan saya tadi.
Pengajaran dari apa yg terjadi ialah..
Bila ngantuk jangan ngada nak chatting
PEGI TIDO!!

Saturday, January 30, 2010

Musuh ketat saya.



Lipas
Nombor satu dalam senarai 'Takut'
Memang takut sungguh.
Benci. Tak suka.
Kalau dia ada,
saya tak senang duduk.
Takut dia hinggap di badan saya.
Memang selalu cam tu.
Saya lah mangsa dia.
Mortien mana?
Bygone pun boleh juga.
Tolong lah sembur sampai dia mati.
Biar padan muka dia.

Jangan tak caya
Ini satu lagi makhluk yang saya tak suka
Kecik tapi menakutkan saya.
Eiiiii.........Geli!!!!
Saya tahu dunia dia..tempat sejuk berumput.
Saya seboleh2 elak dari jejak kaki ke tempat begitu.
Kalau lah dia naik di kaki saya, saya teriak habis suara.
Saya melompat2,hentak2 kaki supaya dia jatuh.
kalau tak retak tulang kaki,
Retak simen...
Kadang tu kerana terlalu takut,
Bila terpijak nasi sejuk pun saya kelam kabut.
Terlompat2 ingat kan Pacat!

Heran kan, makhluk sekecik ini pun saya boleh takut. Tak tau kenapa, hanya orang2 yang mengenali saya tahu betapa takutnya saya pada mereka berdua..

Friday, January 29, 2010

Tukar Profesion.

Mak mertua saya kat kampung cakap,
harga getah mahal.
Mewah jadi penoreh la ni..
Beribu ringgit dalam seminggu.
Sebulan? Kalah gaji saya nih!
Itu pun bukan Mak toreh getah sendiri,
Pakai pekerja.
Mak tunggu bilang duit jer..
Kira hasil bahagi dua( Pawah).
Pun masih lumayan.
Best kan?
Nampak gaya nya
ngadap pokok getah ni,
lagi banyak buat duit
dari ngadap budak sekolah

Agak agak la mak yer,
Mak nak pakai pekerja extra tak?

Aiyallllaaaa.....

Yang saya nak dan yang saya dapat

Di hujung minggu begini,
Apa yang saya nak..
Pulang dari masjid terus ke Taman untuk berjogging
hirup udara segar...Ceria suasana.
Singgah sekejap di mana2 warung,
breakfast beramai ramai.
Pulang nanti saya akan pergi pasar
masakkan sesuatu yang istimewa
Lepas solat jumaat
duduk di meja meriah jamu selera.
Petang pula bersiar2 di tepian pantai,
rehat minda atau menziarahi keluarga.
Dan malam nya berkumpul di ruang utama.
Kongsi penat seharian,kongsi cerita.
Kongsi kasih dan sayang.

Itu yang saya nak,
Tapi tak semestinya yang saya dapat.
Saya tau semua orang terlalu sibuk buat saya.
Masing masing ada hal.
Tidak ada masa.
Jadi saya berpuas hati lah,
Menghabiskan hujung minggu saya begini.
Ngadap laptop..
Mengharapkan teman yang sudi singgah
dan cuba mengusir sepi di hati.
Sekurang kurangnya di sini,
saya tidak bersendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...