Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, January 29, 2010

Yang saya nak dan yang saya dapat

Di hujung minggu begini,
Apa yang saya nak..
Pulang dari masjid terus ke Taman untuk berjogging
hirup udara segar...Ceria suasana.
Singgah sekejap di mana2 warung,
breakfast beramai ramai.
Pulang nanti saya akan pergi pasar
masakkan sesuatu yang istimewa
Lepas solat jumaat
duduk di meja meriah jamu selera.
Petang pula bersiar2 di tepian pantai,
rehat minda atau menziarahi keluarga.
Dan malam nya berkumpul di ruang utama.
Kongsi penat seharian,kongsi cerita.
Kongsi kasih dan sayang.

Itu yang saya nak,
Tapi tak semestinya yang saya dapat.
Saya tau semua orang terlalu sibuk buat saya.
Masing masing ada hal.
Tidak ada masa.
Jadi saya berpuas hati lah,
Menghabiskan hujung minggu saya begini.
Ngadap laptop..
Mengharapkan teman yang sudi singgah
dan cuba mengusir sepi di hati.
Sekurang kurangnya di sini,
saya tidak bersendiri.

4 comments:

nikki said...

nak joging pagi jumaat dengan elin pun boleh elin sanggup temankan. nak versi pantai ada kat tepi, nak versi padang pun ada, nak versi senamrobik pun ada di sekitar taman. ramai yang join.datanglah jam tujuh-lapan pagi di Taman Awam Batu Buruk.

Kak Ezza@makcik Blogger said...

saya pun selalu macam ni..bila celik mata dah plan macam macam dalam kepala...
nak menjahit bag laa..nak cuci simen luar laa...nak susun kain dalam bilik laa..
tapi ...
bila mengadap pc..udah tak berganjak pulak dari kerusi ni...
so..ini semua salam pc kan kan kan...

Granny Hani said...

Elyn, best laa kat batu buruk tu..Su suka sungguh pagi kat situ..tenang dan boleh makan nasik dagang best..tu hok penting nyo!

Kak Ezza,
hehehe...biasa la kan, dah duduk jadi mcm kena glue kat skrin ni...

Maiyah said...

bila kesibukan mmg x dpt le apa yg kita nak tp kita bleh dpt len hari plak.. sbb yg kita nak tu sng nak dibereskan heee.. apa sy melalut nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...