Di hujung minggu begini,
Apa yang saya nak..
Pulang dari masjid terus ke Taman untuk berjogging
hirup udara segar...Ceria suasana.
Singgah sekejap di mana2 warung,
breakfast beramai ramai.
Pulang nanti saya akan pergi pasar
masakkan sesuatu yang istimewa
Lepas solat jumaat
duduk di meja meriah jamu selera.
Petang pula bersiar2 di tepian pantai,
rehat minda atau menziarahi keluarga.
Dan malam nya berkumpul di ruang utama.
Kongsi penat seharian,kongsi cerita.
Kongsi kasih dan sayang.
Itu yang saya nak,
Tapi tak semestinya yang saya dapat.
Saya tau semua orang terlalu sibuk buat saya.
Masing masing ada hal.
Tidak ada masa.
Jadi saya berpuas hati lah,
Menghabiskan hujung minggu saya begini.
Ngadap laptop..
Mengharapkan teman yang sudi singgah
dan cuba mengusir sepi di hati.
Sekurang kurangnya di sini,
saya tidak bersendiri.