Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, May 24, 2012

Kalau kena batang hidung saya yg kemik ni, jaga awakkk.......

Pergi lah kemana sekali pun,
Tak kan dapat lari dari 'senang di dengki, susah di benci'
Menjadikan kita sesak nafas.
Dengki..
Kuman yang sekongkol dgn Fitnah.
Lahir fitnah sebab dengki.
Dengki pun merebak dan membawa wabak fitnah.
Kaki umpat adalah pembawa virus yg aktif.
Kesian mangsa yg tak berdosa,
dapat habuan 'benci' pula.
Yer, betul sangat lah, Tuhan bagi dia pahala yg berganda.
Tapi kalau kita di tempat dia,
Apa rasa?
Yang antibody 'sabar' banyak tak per...Diam jer..Alhamdullilah.
Kena yang dari kecik lagi 'peel huduh' macam saya ni,
Mau nya diam...
Ada serangga perosak yang nak kena sembur Ridsect nanti.
Kalau buat macam tu kat saya, ada yang akan menangis rasanya.
Siapa,menangis?
Saya lahhh.....
Samseng Kg Dusun memang macam ni
Berani di belakang jer...Huhuhuhhuuu....!

Wednesday, May 23, 2012

Saya bergelar juara hari ni..Tahniah Tahniah Ticer Hani..

Kalau dah kaki bangku tu, sampai ke tua pun masih kaki bangku.
Zaman sekolah saya memang terkenal kerana tak pernah sertai acara sukan.
Bila di maktab perguruan dan sukan itu satu kewajipan, saya cuba cuba juga hanya untuk meluluskan diri.
Tu pun pensyarah puas bebel sebab memang saya lah yg selalu tak lepas ujian saringan .
Lari tak pandai, lompat tak pandai..hantar bola tak pandai, sambut bola tak dapat..
Memang failed bab ketangkasan.
Bila jadi cikgu ni, saya lebih tumpukan ke bidang ko yg lain.
Tapi bila hari guru..Ada acara padang, saya lah yg paling menggelabah.
Semua orang tak nak geng dgn saya..
Saya ni punca pada kekalahan orang lain, memang pun.
Tapi tadi saya main bowling sempena hari guru..
Jeng jeng jenggggg...Saya dapat juara lah awak.
Juara Bagi kategori 'Bola Paling  Banyak Masuk Longkang"
Saya lah tu.....

Tuesday, May 22, 2012

WGX 1184, jadikan lah ini satu pengajaran.

Saya baik hati tadi.
Tu pun kerana saya tengok dia sebaya dengan anak gadis saya.
Kesian pulak rasa nya nak minta dia bayar ganti rugi.
Tak terniat sikit pun nak mintak ganti rugi.
Cuma saya nak ingatkan dia jer,
Lain kali kalau bawak kereta tu biar berhemah..
jangan main bedal ikut suka macam tu.
Kan dah kena kereta orang lain, kereta saya lah.
Dah calar dan kalau saya minta bayaran tak ke nanya?
Berkali kali awak mintak maaf,
Makcik tau awak takut.
Semua tu tak penting wahai anak.
Makcik bebel panjang bukan kerana tak maafkan awak,
bukan kerana nak ambil tindakan undang undang.
Sekali2 bukan kerana nak minta duit dari awak.
Bukan,
Makcik cuma terbayangkan kalau lah anak makcik yg berada di situasi anak tadi,
alangkah takut nya dia bila buat kesalahan jalan raya dengan bersaksikan banyak mata.
Kerana itu lah makcik pot pet pot pet pot pet.
Marah? memang lah marah,siapa pun yg duk di tempat saya akan merasa marah.
Tapi marah saya, marah seorang emak kepada anak sahaja.
Menasihati kamu dan berharap kamu lebih patuhi undang2 jalan raya.
Eh yang kamu menangis tu naper?
Tazkirah ni free tak berbayar pun.
Saya yg sepatutnya menangis, tak pasal2 kena kuar duit baiki kereta lak ni..


Berkata lah hati...

Nak nonton TV boleh, banyak channel ada.
Nak ngadap Laptop pun boleh, masa sentiasa ada.
Nak senbang kosong pun boleh, kawan2 sentiasa ada
Nak gi ngaji Quran dan lepas tu makan2, santai2 dgn geng  pun bisa aje.
Nak masak, nak main dgn cucu, nak window shopping, nak melancong,
nak apa sebut saja........
Semua boleh...
Tapi kenapa ada ketika nya dalam keriuhan, kehidupan ini terasa sangat2 sunyi?
Amat sunyi.

Monday, May 21, 2012

Orang penakut yg sakit gigi

Siapa tau ada tak Dentist yg boleh bius saya sampai saya tak rasa apa apa, biar saya pengsan terus pun tak per..Dah saya pengsan tu hentam jer lah nak simen ke, nak cabut ke ..Saya takut sungguh ni..
Please, bagi saya no dentist tu, nak call jam ni jugak......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...