Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, May 22, 2012

WGX 1184, jadikan lah ini satu pengajaran.

Saya baik hati tadi.
Tu pun kerana saya tengok dia sebaya dengan anak gadis saya.
Kesian pulak rasa nya nak minta dia bayar ganti rugi.
Tak terniat sikit pun nak mintak ganti rugi.
Cuma saya nak ingatkan dia jer,
Lain kali kalau bawak kereta tu biar berhemah..
jangan main bedal ikut suka macam tu.
Kan dah kena kereta orang lain, kereta saya lah.
Dah calar dan kalau saya minta bayaran tak ke nanya?
Berkali kali awak mintak maaf,
Makcik tau awak takut.
Semua tu tak penting wahai anak.
Makcik bebel panjang bukan kerana tak maafkan awak,
bukan kerana nak ambil tindakan undang undang.
Sekali2 bukan kerana nak minta duit dari awak.
Bukan,
Makcik cuma terbayangkan kalau lah anak makcik yg berada di situasi anak tadi,
alangkah takut nya dia bila buat kesalahan jalan raya dengan bersaksikan banyak mata.
Kerana itu lah makcik pot pet pot pet pot pet.
Marah? memang lah marah,siapa pun yg duk di tempat saya akan merasa marah.
Tapi marah saya, marah seorang emak kepada anak sahaja.
Menasihati kamu dan berharap kamu lebih patuhi undang2 jalan raya.
Eh yang kamu menangis tu naper?
Tazkirah ni free tak berbayar pun.
Saya yg sepatutnya menangis, tak pasal2 kena kuar duit baiki kereta lak ni..


3 comments:

izz iizza said...

alahai kete kena sondol ker..elok minta dia bayar jer tu..

makchaq said...

Budak2 kadang-kadang bawak kereta sambil berangan..
Takpe la berleter sikit, macam beleter kat anak2 kita..

munna said...

nasib baik jumpa yg mcam akak...klu kena dgn pembuli habislah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...