Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, May 23, 2012

Saya bergelar juara hari ni..Tahniah Tahniah Ticer Hani..

Kalau dah kaki bangku tu, sampai ke tua pun masih kaki bangku.
Zaman sekolah saya memang terkenal kerana tak pernah sertai acara sukan.
Bila di maktab perguruan dan sukan itu satu kewajipan, saya cuba cuba juga hanya untuk meluluskan diri.
Tu pun pensyarah puas bebel sebab memang saya lah yg selalu tak lepas ujian saringan .
Lari tak pandai, lompat tak pandai..hantar bola tak pandai, sambut bola tak dapat..
Memang failed bab ketangkasan.
Bila jadi cikgu ni, saya lebih tumpukan ke bidang ko yg lain.
Tapi bila hari guru..Ada acara padang, saya lah yg paling menggelabah.
Semua orang tak nak geng dgn saya..
Saya ni punca pada kekalahan orang lain, memang pun.
Tapi tadi saya main bowling sempena hari guru..
Jeng jeng jenggggg...Saya dapat juara lah awak.
Juara Bagi kategori 'Bola Paling  Banyak Masuk Longkang"
Saya lah tu.....

4 comments:

MulutPayau said...

Tahniah kak...juara tetap juara...hehehe

Chik Att said...

yang penting juara ticerrr .....

heehhehe

klcitizen cikgunormah said...

samalah kita :)

makchaq said...

Teringat makchaq 1st main bowling, pi teruih duduk kat lane, kawan makchaq suruh pi ambik bola, makchaq tanya ' nak ambik warna apa?' depa pakar gelak, rupanya org ambik ikut berat... Tapi makchaq dpt la jugak 1 / 2 strike... nasib kot ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...