Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, April 30, 2018

Rasa macam budak kecik yg khatam pertama kali pulak.

Mengambil kesempatan ketika usia mak masih ada...
Mengambil kesempatan ketika usia saya masih berbaki...
Memang dah lama simpan niat.
Dah lama berazam nak khatam quran dgn mak sendiri.
Yang lepas2 khatam dgn tok guru ngaji, dgn ustaz, dgn ustazah..
Entah kenapa tiba2 terdetik dlm hati nak khatam dgn mak.
Bila saya suarakan kehendak saya, mak setuju.
Maka bulan rejab baru ni saya singgah ngaji di rumah mak bila ada kelapangan.
Cukup 20 kali ulang alik saya habiskan 30 juzuk.
Alhamdullilah.
Hari ni mak pakai cantik2..
Siap bentang sejadah dan duduk berhadap membaca ayat2 lazim seperti kebiasaan khatam quran.
Dah khatam mak doa panjang2, Aminnnnn.
Sekarang kalau saya mati dah boleh tutup mata rapat.
Dah khatam quran bergurukan mak.
Dah tertunai apa yg saya nak dgn izin Tuhan.
Tq mak.

Alhamdullilah

Hari ni khatam quran.
Seronok.
Tak kira lah khatam berapa kali pun tetap rasa seronok.
Rasa macam pertama kali khatam pulak.
Kami pakat nak pakai jubah hitam,
Nak pakai tudung warna cream.
Nak makan makan..
A celebration.
Kemenangan.
Sebenarnya seronok sbb capai target.
1 juz sebulan.
Alhamdullilah dalam sibuk2 Tuhan lapangkan masa buat saya mengaji.
Mengaji sorang2 kat rumah tu tak macam ngaji ramai ramai.
Ramai ramai lagi best
Saling membaiki kesilapan tajwid, saling menegur.
Ni nak keluar ke pasar,
Nak masak sikit utk jamuan ringan.
Alah, sama kita ni makan apa pun sedap.
Syukran syukran syukran.
Nisfu Syaaban ini meraikan kemenangan kita.
Allahummarhamni bilquraan....

Sunday, April 29, 2018

2 ketoi

2 ketoi dari beberapa ketoi.
Kecik tapi power.
Ais di kutub selatan pun boleh cair.
Matahari boleh beku.
Kalau siapa kata tsunami itu ganas, belum tengok aksi 2 ketoi ni lagi.
Wei budak 2 ketoi...
Hati nenek ni dah sohor seentaro alam degil dan keras.
Tapi bila berurusan dgn 2 ketoi ni..
Kalah.
Tabik laaaar.
Cer tgok aksi dia org.
Punya la payah nak posing ...
Ok lah cucu, suka hati lah nak posing macam mana pun.
Asal kamu bahagia....
Sungguh ku pinta pada Mu Tuhan,
Bahagiakan lah hati mereka.....

Change of plan.

Kerana 3 ni...
Saya rela batalkan perancangan saya untuk hari ni
Apa yg saya nak buat untuk diri sendiri boleh saja ditangguh.
Dahulukan kebajikan mereka.
Maka....
Hari ni sepatutnya saya pergi kenduri 3 tempat
Sepatutnya jumpa org yg dah lama saya tak jumpa
Enjoy myself once in a blue moon kata orang.
Plan dah berminggu, baju dah siap gosok.
Dalam kepala duk bilang detik jam.
Tapi kita hanya merancang,
Tuhan menentukan yg lebih baik.
Redha. Tak kesal pun.
Hari ni budak 3 ni ada bersama saya.
Masa saya sentiasa ada untuk mereka.
Tidak apa lah terpaksa lupakan niat nak buat benda lain pun.
Janji kehendak mereka bertiga ni dapat saya turuti.
Janji anak happy
Janji cucu happy.
Maka nenek pun happy.
Life is not only about what makes you happy,
Making others happy counts.
Thank God, its a blessing knowing that I can still make someone happy.
Alhamdullilah.


Friday, April 27, 2018

Saya ok jer...

Hai la belalanggg....
Nasib kau la belalanggg....

Kadang kadang saya rasa tak nak jumpa sesiapa.
Tak nak ada yg kenal saya.
Kehidupan saya tak serupa dgn orang lain.
Tak normal.
Ye ke tak normal?
Mana nak normal nya,
Saya byk tugas dan tanggung jawap.
Tugas wajib. Tugas yg terpaksa saya pikul.
Cuba hadapi segala dugaan dgn sebaik mungkin.
Segala perkara di bahu saya, takper saya redha.
Hari hari sibuk dgn urusan anak negeri saya.
Orang lain ada juga masa untuk santai santai di luar.
Saya ni keluar hanya bila perlu.
Untuk kes2 sunat memang saya tak beri keutamaan.
Kawan2 pun tau saya payah nak diajak join aktiviti apa sekali pun.
Maka mereka pun dah mula tak include kan saya dlm program apa2.
Saya tak kecik hati pun kerana saya tau life saya tak serupa orang.
Mereka dah faham dgn liku hidup saya begini.
Yang faham tu faham lah, yg tak faham tu saya tak kuasa nak fahamkan mereka.
Itu pasal lah dari saya bersusah payah nak jaga hati orang lain,
Lebih baik saya menyendiri.
Hati saya pun tidak terluka dgn ayat2 power org lain.
Paling2 saya bertemankan kucing, rabbit dan burung.
Yer lah, hidup ini tak semua orang bernasib baik.
Orang yg sentiasa senang lenang tak tau apa yg kita rasa.
Biarkan lah mereka bahagia dgn cara mereka..
Kita dgn cara kita cuba juga utk bahagia.
Sabar lah Hani....sabar selagi boleh sabar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...