Alkisah tersebutlah negeri Isketambola yg aman damai penduduknya.Satu hari tak semena mena merpati utusan diraja telah ghaib tanpa di ketahui di mana gerangan nya..
Maka hebohlah seluruh rakyat jelata bermandi keringat cuba mencari di mana gerangan terbangnya merpati hitam itu..Memanda menteri pun memerintahkan segala ahlil nujum datang mengadap..Puas di tilik dan di jampi, merpati tersebut tidak juga kembali. Tun laksamana pun memukul canang dan mengistiharkan perang ke atas mana2 rakyat yg menjadi dalang. Ramailah para2 peguam berhujjah sesama sendiri, mengumpul bukti dan saksi.Menangis lah hamba sahaya yang di tuduh. Maka takut lah sekelian rakyat yang hina itu dan tidak lah tahu apa yang harus di lakukan untuk membersihkan nama masing masing...
Hari berganti hari...merpati entah kemana, pesalah senyum kerana tak siapa tahu merpati itu ada pada dia...
Akhir kalam, pesalah terlepas, merpati tak pulang2...dan yang di tuduh tanpa usul periksa luka hati nya.Rakyat jelata menjeruk rasa atas penghinaan yg di lontarkan oleh pihak istana.......Yang menuduh pun tak jugak dapat menambat hati raja seperti yang dimimpikan nya.Terkulat kulat lah memanda2 semua kerana Raja rupanya tak kisah pun merpati itu terbang. Baginda dah ada merpati lain yg jinak di tangan.
Maaf, hanya orang orang yang berada didalam situasi ini yang memahami hikayat ini..
Pengajaran dari hikayat ini: Jangan cepat jump to conclusion, siasat dulu..dan jgn terlalu percayakan benda2 karut, hanya Allah tempat kita berserah jika di timpa musibah.
Segala yang terjadi tu ada sbb musababnya, hanya Tuhan yang maha mngetahui.
Semoga Tuhan ampunkan dosa saya kerana sedikit sebanyak sebagai manusia biasa saya tidak terlepas dari menyimpan syak wasangka juga..Wallahualam.
No comments:
Post a Comment