Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, October 7, 2010

Murah rezeki ku hari ni.

Murah rezeki hari ni.
TQ TQ TQ
Terima kasih daun keladi?
Kawan2 yang pergi bercuti hari tu bawa balik buah tangan buat saya.
Ingat jugak mereka kat saya yer.
Shaireen bagi sekotak chocolates buat saya sbb dia tau saya hantu chocolates..
Mahiran bagi' belacan pulau pinang' dan chocolates jugak..
Makcu bagi 'Dried Strawberries' dari Cameron Highland.
Hasnidar pulak tiba2 hulurkan sekotak minyak herba..bau serai wangi lagi.
Semasa nak turun tangga sempat lagi Siti signal kat saya supaya menghampiri dia yg tercegat disitu..Sambil bisik2 dia cakap.." Nah Kak Nie, tau Kak Nie suka pink, saya berikan Kak Nie lipstik blooming rose..ambik lah.."
Kecil tapak tangan, sekolah skppg Kak Nie tadahkan...
Balik ke rumah, tengok ada ikan siakap yg dah siap di siang oleh Bibik.
"Mana dpt ikan ni Bik?" Soal saya kehairanan sbb tau dalam freezer pagi tadi tak der ikan ni.
"Kawan Ibu hantar tadi.." Jawap Bibik.
Hmm...Tuah ayam nampak di kaki..Tuah saya, saya sendiri pun tak menjangka. Syukur, bertuah lah saya dapat kawan2 yang tak lupakan saya...Ops! setangkai mangga muda untuk di buat sambal pun ada ni..Dari seorang guru yg ku panggil 'Kak Nah' yang tak pernah lupa untuk berkongsi rezeki setiap kali mangga dia berbuah..
Harga bukan persoalan nya..bagi saya ingatan tu yang buat hati amat tersentuh. Terima kasih saja lah, Tuhan saja yg membalas budi adik kakak semua..
Terasa amat di sayangi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...