Ada murid bawak buah ni ke sekolah.
Buah Rambai.
Isi buah ni digaul cuka,belacan, garam dan gula.
Jangan lupa letak cili jugak.
Makan guna sudu,hirup kuah sekali.
Sedapppp..masam2 manis.
Kalau ramai2 apa2 pun sedap.
Kat tempat saya 'bedak kulit rambai' masih ada di pasaran.
Macam 'scrub' lah, guna untuk buang sel kulit mati di badan.
Budak2 sekarang mana tau dah.
Kita yang tua pun dah tak guna lagi scrub macam tu.
Maka hari ni beg tangan saya jadi mangsa.
Dek kerana nak bawa ke bilik guru,
sumbat aje dlm beg saya.
Ada kawan cadang buat balik rumah saja.
Kupas kulit dan masak lemak cili api.
bukan isinya tapi kulit nya.
Katanya sedap, tak payah letak asam keping dah..
Nak umph lagi, letak udang.
Ok, nak cuba lah ni.
Hmmm..yer ke sedap ni?
Kalau dah di masak dengan udang,
memang sedap.
Udang tu yang sedap nya.
Sah seisi keluarga menjala udang dalam kuah saja lah.
Tinggalah si kulit rambai tu berenang dalam mangkuk gitu aje.
Siapa nak habiskan kulit tu nanti?
Tak yah jawap..dah tau siapa.
Nampak gaya baik saya gulai udang saja lah!
1 comment:
Salam, Apa tak kenalnya...dari kecik dah biasa makan buah rambai, tapi selalu problem sebab telan biji...
Sekarang tepi kebun pun ada
Post a Comment