Marah
Panas hati betul tadi.
Si Mamat budak parking kat Rantau Panjang ni mmg sah 'tak cerdik'
Ada ke di biarkan kereta lain parking belakang kereta saya.
Kalau tepi jalan tu boleh lah saya kata tak ada orang yang kawal.
Ini parking berbayar.
Dahtu salahkan kereta saya, katanya kereta panjang sangat(Estima)
Dah tau kereta saya panjang jangan lah bagi org lain parking kat belakang, bagi lah ruang.
Memang kerja awak menyelia kawasan tu.
Bukan kereta saya sorang, tu kereta Gen2 kat belakang tu pun tak leh kuar jugak.
Tgok jer isteri org tu, tercegat dan panas hati mcm saya jugak tu.
Sedap jer suruh kita cuba undur begitu begini.
Hello dik, akak ni bukan lesen kopi 'o' lah..
KAlau adik pandai sgt, adik aje lah kuarkan kereta akak dari tempat parking ni.
Dah dua tiga org tolong pun tak dapat.
LAst2 saya kena tunggu hingga org kat belakang tu dah habis shopping.
Dah bercupak jugak lah bebel saya tadi.
Sepatutnya mintak maaf lah kerana kebodohan dia menyebabkan saya berpanas,buang masa tunggu begitu lama..
Bayar tetap kena bayar dah saya parking..Bukan nya nak discount pun.
Nasib baik saya tak claim duit minyak kereta saya duk tunggu untuk keluar begitu lama tu.
Jadi orang lain harap hati2 kalau parking kat parking berbayar di Rantau Panjang ni.
Tak pasal2 meter mentaliti saya turut menjunam bila marah menguasai diri.
Astaqfirullahhh..
Nasib baik hubby saya masih boleh bersabar
( Tu pun sbb stering bukan di tangan dia agaknya)
Ayat power dari hubby saya..
"Don't expect him to hv a brain like an astronout.."
Hmm..u r right, he was just trying to make ends meet.
Saya berdoa semoga 'ketidak cerdikkan' dia tu tidak menyusahkan orang lain lagi.
Ubat Marah
Goreng pisang best.
SEdap, ranggup,cukup rasa.
Goreng Pisang berbijan.
Kena cuba kalau ke Rantau Panjang.
Tak cuba rugi.
Kedainya terletak di tepi jalan untuk balik ke KB.
Nama jalan tu tak tau pulak.
Berdekatan kedai makan Thai-Malay yang masyhur tu.
Tanya org tempatan mesti tau punya.
2 comments:
Haduii kiz geram gak pasal parking ni...macam2 benda boleh wat kita marah pasal parking..
Jom sini,
8 Pokok Krismas Terpelik didunia
Ingat saya sorang yang pernah alami nasib yang serupa. kawan2 saya dah pesan ,pekan cowboy tu memang pelik sikit cara pemikiran mereka. dgr khabar parking tu milik majlis bandaran. ini kes org majlis tak buat keje lah ni..pantau lah sikit, jgn nak kaut untung saja..majlis daerah pasir mas kalau tak silap.
Post a Comment